life is full with wonderful colours... and I chose red~
Friday, October 5, 2012
In:
Road Tour FSG!
Assalammualaikum..

    Alhamdulillah, selesai saja BADANG fasa 2, Road Tour FSG pula menyusul. Kali ni menjadi Biro multimedia bekerjasama dengan persatuan dalaman polimer (PTyS) =) Road Tour FSG yang berlangsung selama seminggu bermula 5 Ogos hingga 11 Ogos  dijalankan dalam bulan puasa! Bayangkan seminggu dalam bas berjalan dari UiTM Shah Alam--> UiTM Kuala Pilah, Negeri Sembilan----> UiTM Jengka, Pahang---> UiTM Kuala Terengganu, Terengganu---> UiTM Arau, Perlis-----> UiTM Shah Alam.

   Mula-mula fikir memang kerja gila ni! seminggu berpuasa dalam bas plak tu merantau satu Semenanjung. Tapi, alhamdulillah. pengalaman yang gila-gila nilah best. Siapa sangka, dalam masa seminggu orang yang tidak pernah kenal ataupun tahu kewujudan dia boleh jadi rapat macam ni. We called ourselvers Geng RT! heheh. Banyak pengalaman yang saya dapat dalam Road Tour (RT) ni. Masa macam nilah saya dapat merasa pegang DSLR! Dah jadi macam kawan karib dah DSLR Mira Aina ni dengan saya. haha. Banyak ilmu gak dapat dari Hariez, photographer yg mmg dah pakar ni (co partner photographer). Dalam RT ni macam2 rahsia, teka-teki la yg dapat share dr mereka. Dan sepanjang RT ni jugalah saya juga dapat kenal siapa kawan saya yang sebenarnya dan yang siapa berpura-pura.

   Yang paling kelakar adalah semasa perjalanan dari UiTM Kuala Terengganu ke UiTM Arau. Berbuka di Terengganu, sahur di Kelantan dan pagi berada di Arau. 3 negeri dalam satu malam! hahaha.. Ada juga kenangan berbuka di Masjid Bera yang memang kelakar. Time tu dah nak dekat maghrib, jadi kami singgah di masjid sebentar bersama juadah berbuka dari bazar Ramadhan terdekat.Turun je dari bas, terus azan manghrib. Dalam hati,dah cakap" Alhamdulillah. rezeki ni. Turun bas je dah boleh berbuka". Nampak gak membe2 lain dah kelam -kabut nk minum. Rupa-rupanya imam masjid tu buat testing azan plak! haihhh.. nasib baik baru nak basuh tangan, tak sempat minum lagi. hahaha....

   Bila dah merantau satu Semenanjung ni, rugi la kan kalo tak berjalan-jalan sikit. So, dapat la jalan2 ke Muzium Terengganu, Masjid Kristal, makan seafood di Kuala Perlis dan cari baju raya di Pekan Rabu. hahaha... memang seronok berjalan.=) ok, jom kita tgk gamba!


nilah bunting Road Tour FSG!!
berjumpa kawan baru!
slot Singgah sahur di UiTM Jengka, Pahang
Bersama rakan SMF yang lain.=)



Sesi Berbuka Puasa di UiTM Kuala Terengganu
speeches from UiTM Kuala Pilah!



Berbuka di Kuala Perlis..=)


Booth plg hot stuff. Food tech! *tp sy budak bio~~~

INTERIM Kuala Pilah yg mmg best n sporting!
 Nice working with them.
slot Jom Mai FSG di UiTM Kuala Pilah
speeches from UiTM KT.. <3
melawat muzium di Terengganu

Shopping raya jap di Kuantan. Tgh sales!
* beli Big Apples Donut je. hahah

persahabatan yang baru terjalin selama 7 hari tp rapat mcm bertahun dah kenal.. =)

Road Tour FSG Best!!!!! Dari atas ke bawah.
 UiTM Kuala Pilah---> UiTM Jengka----->UiTM Kuala Terengganu---->UiTM Arau


Suprise yang menanti di UiTM Kuala Pilah <3
*kawan satu roomate,classmate dan satu kepala gila2 di MRSM dulu.. =)

Jejak kasih di UiTM Arau... Dah lama sgt tak jumpa. Lost contact.
Tak sangka blh terjumpa di sini...classmate di MRSM Kubang Pasu.  =)


Wednesday, October 3, 2012
BADABG fasa 2
Assalammualaikum..

  Dah lama rasanya tak menulis blog.Banyak cerita yg nk diberitahu kat sini. Selesai saja ASM, mulalah sibuk dengan pelbagai test dan assignment. Alhamdulillah result masih lagi ok walaupun ada rasa tak puas hati.. I can do better than what I've got. huhuhu.. Menyesal tak jaga kesihatan waktu exam. Boleh plak nak demam-demam segala~ ='(

   Selesai saja final exam, BADANG fasa 2 pun bermula...pada 19-22 Julai adalah tarikh bermulanya BADANG 2.Kali ni peranan saya bukan lagi sebagai fasilitator. Tetapi, diberi amanah menjadi biro logistik/biro teknikal dan juga bidan terjun bendahari. hehehe. Misi BADANG kali ni adalah OPKIM kerana dibuat dalam bulan puasa. Actually, inilah kali pertama saya sertai OPKIM. Bapa angkat saya imam kampung ok! hehehe.. Mak angkat pulak tukang jahit. Lagi satu nak puji, masakan dia memang best! sedap! hehe.. lagi-lagi bila pekena lauk asam pedas Melaka. memang thumbs up! hahaha.. okeh, tak mau cerita banyak, jom kita tgk gamba-gamba ni.=)

p/s: rumah saya terpilih masuk TV Alhijrah. Adalah sikit2 berlakon bawa air ke ruang tamu. hahaha..*malu* sorry, vid xleh upload plak.

melawat Melaka river cruise
lawa~~

Menteri Besar Melaka datang rasmilkan refleksologi yang kami buat..=)
malam perasmian...
waktu nak balik dah ni..=(
mak angkat dan kakak angkatku.. <3
yang tengah berbaju pink lawa tulah pengacara TV Alhijrah.. =)
BADANG fasa 1 yang membawa misi akademik kepada pelajar SPM sudah lama berakhir. BADANG fasa 2 misi OPKIM sudah selamat selesai. Dan kini BADANG fasa 3 yang bertemakan teknologi dan inovasi pula bakal menyusul pada bulan Disember ini. InsyaAllah.. Penutup kepada BADANG. =)






Followers

Powered by Blogger.

About Me

bila hatiku berkata
View my complete profile

Popular Posts