Luahan hati~
Assalammualaikum...

21 March 2012, Rabu,

    Sepanjang di program BADANG, banyak sangat kebetulan dengan mr. catalyst. Makin saya nak elak, makin kerap pula kebetulannya. Alangkah bagus kalau semua ini berlaku sewaktu saya sangat-sangat sayang pada dia. Kini, kejadian itu semua berlaku saat saya dah tawar hati dengan dirinya. Semanis mana pun senyuman dia, seramah mana pun bicaranya dan sekerap mana pun saya berpeluang meluangkan masa bersama dia... Semua itu sudah tiada gunanya. Saya letak tangan di dada dan cuba rasa degupan jantung ini tapi ianya tidak berdegup sekencang dulu. Tangan ini tidak lagi menggeletar seperti dahulu dan segala pesona tentang dirinya tidak lagi menarik buat saya. Senyumannya yang boleh membuatkan saya tersenyum sepanjang sudah hilang serinya di mata saya..

   Saya sedar saya tidak sehebat gadis-gadis lain. Malah fizikal saya membuatkan diri saya kelihatan lebih tua dari umur sebenar. Kepandaian yang hanya sederhana. Segala-galanya tentang diri saya hanya sederhana tidak sesuai untuk dirinya yang hebat. Sepanjang program BADANG, saya tahu ramai peserta mengusha dirinya. Aduhai, adik-adik ni kenapa la nak diusha abang yang tua dari kamu tu.. Dia takkan pandang kamu la sayang.. Umur macam kakak pun dia tidak pandang inikan kamu yang belum lagi ambil SPM. Kakak dengan dia beza 4 tahun, kamu pula beza 8 tahun dengan dia.

   Mungkin ini petunjuk dari Tuhan hasil dari doa saya agar menghapuskan segala pesona dirinya pada mata dan hati saya andai dia bukan jodohku.. Mungkin ini adalah satu petunjuk yang Allah beri kepada saya bahawa he is not my Mr. Right. Dan mungkin juga saya perlu belajar untuk menyayangi dirinya sebagai seorang sahabat. Saya perlu percaya bahawa mungkin perancangan ini yang terbaik buat saya.Jodoh saya mungkin masih lagi berada di luar sana dan apabila tiba saat yang sesuai bakal suami saya akan hadir ke dalam hidup saya bersama ilmu-ilmu yang telah Allah persiapkan dalam dirinya.

   Doa saya kepada dia adalah semoga Allah sentiasa memelihara dirinya dan menjodohkan dia dengan gadis yang baik-baik. Saya tahu dia seorang yang baik walau ramai orang kata dia garang, perasan bagus, dan bossy. Tapi, entah mengapa di sudut hati saya dapat merasakan dia bukan begitu. Saya lihat dia sebagai seorang yang baik, ceria dan selalu inginkan perhatian.

  Dulu, saya amat berharap yang saya dapat menjadi tulang rusuk kirinya yang hilang dan dapat mengharungi cabaran hidup ini bersama-sama dirinya. Saya dan dia saling membimbing antara satu sama lain agar kami menjadi hambaNya yang sentiasa dekat pada Allah. Saya juga dulu selalu berharap yang Allah akan memberi dia petunjuk untuk berubah menjadi seorang yang lebih baik agar sentiasa dipelihara dan diredhai oleh Allah di mana saja dia berada.  Saya akui saya betul-betul sayang pada dirinya melebihi perasaan ketika saya mula-mula first crush. Memang orang akan pelik dengan saya kerana menyukai lelaki seperti dia tapi sejujurnya perasaan ini tidak boleh dikawal. Ia datang dengan naturally.

  Namun, mungkin impian saya terlalu tinggi untuk digapai. Cukuplah saya mendoakan dia berjaya dalam segala yang dia lakukan dan semoga dia dijodohkan dengan gadis yang solehah yang dapat membimbing dirinya serta berdoa bahawa dirinya sentiasa dalam redha Illahi..

     Awak merupakan pembakar semangat saya dan awak juga adalah sumber inspirasi saya. Awak adalah role model buat saya tetapi saya telah melakukan kesilapan dengan mengharapkan lebih dari itu dan saya harus hentikan ia sebelum terlambat kerana saya tahu harapan saya itu hanya sia-sia Perjalanan saya masih jauh dan saya tidak mahu korbankan masa depan saya dengan perasaan yang belum tentu pasti....

Selamat tinggal Mr.Catalyst~