In:
SPID!
Assalammualaikum...
17 Mei 2012, khamis

    Hari ini telah berlangsung program pertama kami sbg seorang ahli SMF. kepada sesiapa yg xtahu apa itu SMF? Smf adalah Sekretariat Mahasiswa Fakulti..kami menguruskan perjalanan progtam penting fakulti spt sambutan raya, anugerah dekan, menjaga hal ehwal persatuan dalaman spt persatuan Biology, Fizik, Kimia, Kimia Gunaan dan sebagainya..

    Event yang pertama itu ialah Sukan Piala Dekan or known as SPID.Sepatutnya berlangsung selama 1 minggu tapi atas sebab  fasiliti dan clash dgn SUKOL, event seminggu menjadi sehari.. oh, bukan sehari actually. 6 jam saja. Saya pula berperanan sbg pengurus sukan bola keranjang.. tapi gelanggang saya hanya dibenarkan guna mulai jam 8 malam (jd 4 jam sj). Game org lain pula start jam 5 petang..huhuhu.. Pada mulanya agak 'angin' la sbb game sy hanya boleh mula jam 8 dan banyak team yg perlu main. Tapi, maybe ini hikmahnya kerana pada hari yang sama sy ada kokurikulum jam 5.30 ptg hingga 7.30 mlm..

   Disebabkan masa yang agak singkat, permainan yang asalnya jadi 5:1:5 berubah menjadi 3:1:3... 3 minit 1st half, 1 minit rehat, 3 minit 2nd half..Pada mulanya agak kelam-kabut sampai terlupa nak ambil bola. *ops.Jam dah 8.40mlm tp game tak start lagi..supposed jam 8 dah mula. huhuhu..Tapi mantain cool..Segala masalah ada jalan penyelesaian..Then, semuanya berjalan dengan lancar setelah pengadil yang sesuai telah dijumpai dan flow game mula run dengan smoothly.. Adat bersukan, kalau ada yang tak puas hati tu biasalah kan?

   Akhirnya pada jam 11.15malam, game pun sudah habis. Yess! berjaya juga habiskan game ini. Frankly speaking,sepanjang game sy risau sy tak mampu habiskan game pd malam yg sama.. tapi, setelah selesai game sy mampu menarik nafas lega.. fuhhhh.. lega sangat!

   Game yang paling akhir habis malam itu adalah futsal (lelaki). Setelah semua selesai, semua pengurus sukan ada taklimat dgn MPP. Then, kami semua pulang.. Esok ada kelas pagi, test lagi. Nasib baik dah study. heheh..

    *Si dia ada tadi. Dah lama tak melihat jadi rindu pula.... Dia spt biasa hanya diam tak bersuara. hanya mata menjadi pemerhati permainan yg sedang berlangsung.Niat di hati ini mahu menegur tapi hasrat itu akhirnya dibatalkan. Siapa saya untuk menegur dirinya? Takut dan malu masih menebal walau hakikatnya dekat tapi sebenarnya kami jauh.... Saya berpura-pura tidak menyedari kehadirannya kerana tidak mahu melayan perasaan ini. Takut jika dilayan, semakin sukar untuk sy melupakan dia.. huhu. inilah nasib org yg bertepuk sebelah tangan...

~selamat malam Shah Alam~