In:
Day 2 KPO..
Assalammualaikum...

31 Mac 2012, Sabtu...

  Jam 4.30 pagi dah bangun dan mandi. Nasib baik ada orang kejutkan. Kalau tidak, memang tak dapat nak merasa la mandi. Tugas kami pada hari ni adalah untuk melakukan kertas kerja. Kumpulan saya dapat tajuk : SUKAN PIALA DEKAN.Soalan pertama saya adalah .... Apa benda tu? Jujur saya cakap. Saya tak tahu apa itu sukan piala dekan. Saya hanya tahu wujud SAF(sukan antara fakulti) sahaja... Meraban juga merancang, mengira bajet dan menaip. Kami diberi masa 2 jam 40 minit untuk menaip dengan LENGKAP kertas kerja tersebut..

    Setelah tamat masa, kami membentangkan kertas kerja tersebut. Walau banyak yang tak siap lagi, kami redah saja la.. Yang penting kami ada basic concept. Semasa pembentangan kami, panel menghentam agak hebat juga..Aduhai, memang rasa tersentap dan nak give up la sikit bila kena dengan panel-panel kat situ. memang rasa macam nak bunuh je sorang panel ni. Naik menyampah pula tengok muka dia.. Eiiiiiii.. Geram SANGAT!! Tapi, saya cepat-cepat kuatkan semangat. Saya tahu ini semua hanya mainan psikologi. Saya takkan menangis. Saya pernah kena benda lebih hebat dari ni..Walau dah rasa geram sangat ni, saya nak cuba juga siapkan kertas kerja tu supaya mereka tahu yang kami takkan mudah mengalah dengan kritikan diorang tu.kami tak mudah gentar! Kami akan buat lebih baik dari ni. Kumpulan kami kene reject sampai 2 kali atas sebab tertentu sehingga digelar kumpulan repeater. Biarlah nak gelar apa-apa yang diorang suka. saya tak heran. Yang penting kami sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik setiap kali kami melakukan kesalahan. That is what matters to me.

      Pembentangan kertas kerja berakhir jam 2 petang. Kumpulan kami dan 3 lagi kumpulan akan membentangkan kertas kerja pada malam nanti untuk perhatian khusus rasanya.. Apa-apa la.. Perut ni dah lapar. Nak makan lunch. Badan ni dah penat. Bukan sebab lambat makan tapi sebab buat kertas kerja tadi. Merangka dan membentangkan kertas kerja penat juga ye..  fuhh.. nak makan pun dah tak lalu.

    Pada sebelah petang,  kami perlu melakukan satu simulasi program. Tugasan yang diberi ialah: mengadakan satu program makan malam kebuadayaan bersama menteri kebudayaan. Jadi, kertas kerja perlu dirangka dan pembahagian kerja diberikan mengikut kumpulan.Kumpulan saya adalah biro tugas-tugas khas.Kumpulan kami terbahagi kepada 2 kumpulan. ada yang tolong biro makanan dan ada yang terlibat dengan persembahan. Dan...... saya pilih persembahan! yeay!!  Bayangkan la kami hanya ada masa kurang dari 5 jam untuk melakukan semuanya. Tapi, saya gembira kerana kami berjaya lakukannya walau kami semua kurang pengalaman. Yes! (ehem.. walau saya ada buat silap semasa persembahan opening.. hehe.*malu giler ok!)

    Dan malam itu, kami tidur awal kerana ada Qiamullail pada esok harinya...
Selamat malam~~