In:
Day3 KPO~~
Assalammualaikum..
1 April 2012, Ahad..

  Seawal jam 2.30 pg kami dikejutkan dengan bunti siren.. Adoii, sakit kepala. Then, kami disuruh ikat mata dengan headband. Aktiviti solo drop dilakukan.. Nak tunggu giliran saya tu sampai tertidur-tidur. Then, apabila giliran saya sampai, takut gak.. Tapi, mantain macho. hehe.. Apabila disuruh buka mata, terus ternampak Abang Kamarul. Dia pesan untuk ikut sahaja tali yang sudah dibuat sehingga sampai ke sebuag Banglo tinggal.. Bila dengar je banglo tinggal tu, terus rasa macam WHAT?!! tapi, mantain cool je depan fasi tu.. heheh.. DAlam hati tu ada la jugak rasa takut walauun tak banyak..Maka, perjalanan ke dalam hutan pun diteruskan sehinggalah sampai ke rumah banglo. Dalam hati tu asyik fikir positif je supaya dapat kurangkan rasa takut.Apabila dah sampai rumah banglo tu, nampak la seram sikit sebab dia terbiar dan luas dan putih.. Tapi tak mahu fikir lebih-lebih. Misi utama diteruskan sehingga ke checkpoint. Kata password diberi dan kami disuruh tidur sementara menunggu rakan-rakan yang lain... Pemandangan langit memang cantik. Bintang bertaburan di langit.

     Selesai sahaja semua ahli sampai, kami pun bergerak pulang untuk balik ke base camp. Mendaki bukit-bukit yang licin dan penuh dengan curam dan gaung buat hati ini rasa berdebar. Sedang-sedang mendaki tu, tiba-tiba azan Subuh pun berkumandang.. Ya Allah! Dah Subuh ke? Tak sedar langsung! Sesampainya kami ke sebuah tempat yang lapang, kami dapat jumpa semula kumpulan-kumpulan yang lebih awal dari kami sedang menunaikan solat Subuh berjemaah. Rupa-rupanya 2 botol air mineral dan telekung yang disuruh sediakan adalah untuk solat Subuh di sini.. Kami pun menunaikan solat Subuh berjemaah berbumbungkan langit dan berlantaikan tanah yang hanya dialasi kain batik. Subhanallah, cantik sungguh suasana Subuh ini. Terasa aman. Tiba-tiba teringat pada family... Sudahkah mereka bangun dan solat?

    Selesai solat Subuh, kami ada sedikit sesi bergambar bersama-sama. Yang pastinya, suasana di sini lawa dan amat rugi jika tidak ambil gambar.Kemudian, perjalanan diteruskan sehingga sampai ke satu lagi tempat lapang. Di sini, kami diberitahu bahawa acara seterusnya adalah explorace. Oh my!! minda dah tepu,badan dah letih, explorace pula? Memang mencabar diri sungguh. Setiap kumpulan diberi seorang king dan king kumpulan saya adalah Abang Anas!! Yeay! hehe.. king yg sgt comel! Barang amanah kami adalah ayam..

    Jarak dari satu checkpoint ke checkpoint yang lain bukan dekat tapi jauh berbatu-batu. Di tengah terik panas tu memang terasa kehangatannya! Checkpoint terakhir kami adalah game battlefield.. pegang senapang tu yang best! Tapi, kami kalah game tu.. huhuhu... Extreme betul. Nak semput gak main. hehe. Then, ayam amanah kami disembelih oleh Shahir dan acara memasak pun bermula! Nak memasak tu memang tak aman la.. Orang nak memasak, yang si urusetia boleh plak main  lari-lari.. haish.. kacau betul!

    Pada jam 6 petang, makanan pun siap terhidang. Perut ni dah lapar giler!! Mana taknya, lunch tak makan. Makanan ni lunch + dinner... huhuhu.. selesai makan, kami berkemas pulang... Disebabkan keletihan yang amat, saya tertidur dalam bas sehingga terlepas stesen ke Seksyen 7. Jadi, alamatnya jalan kaki lah dari Bus stop Kolej Mawar ke rumah sewa dengan beg-beg sekali.. huhu.. Kaki dah melecet tapi buat donno je. Yang penting sampai rumah cepat dan selamat... Sesampai je rumah, sambung tido semula. Lab report microb buat awal pagi lah... Yang penting rehat mesti cukup for kelas esok... nite!

~Selamat malam Shah Alam..