BADANG hari terakhir T_T
Assalammualaikum..

18 Mac 2012, Ahad,

     Oh... Hari ini adalah hari terakhir di Melaka.. Gembira kerana boleh balik Shah Alam tapi sedih kerana program ini dah nak berakhir. Seronok sangat berada di Melaka sampai rasa tak mahu balik dah. Selesai solat Subuh, kami berkemas dan berkumpul di Dataran PIBG untuk program seterusnya.

    Selesai memasukkan barang dalam bas, kami bertolak ke kampung untuk program gotong-royong. Fuhh.. penat juga. Badan ni dah basah-basah mengutip sampah tengah-tengah hari ni.. Apabila VIP : Menteri Besar Melaka datang, maka bermulalah upacara penutupan BADANG Fasa 1. Kalau dah jemput orang politik ni, tak sah kalau tak sebut pasal politik. Hurmm.. dengar saja lah. Walau sedar program ni sebenarnya program sekolah. member pula tiba-tiba nak ke tandas. Oh man.. tandas kat surau saja la yang ada kalau di sini. Takkan nak masuk rumah bujang orang lelaki pula yang dekat-dekat sini? Bagai pucuk dicita ulam mendatang.. Telinga saya pun nak 'berehat' . Topik politik adalah topik yang paling saya tak gemar. SANGAT TAK GEMAR!! Kalau rasa nak cuba cakap sorang-sorang tu boleh saja cakap politik dengan saya.. hehehe..


    Pulang saja dari surau, gimik penutup pun baru bermula.. Mak aii.. Lama betul berucap. Surau tu dah la boleh kata kat hujung kampung ni. Lama juga kalau nak ulang-alik dari situ ke surau.. Tak apa. Yang penting ucapan dah selesai. Selepas makan lunch, kami (fasilitator) buat satu persembahan yang sepatutnya kami nak persembahkan malam tadi. Tapi tertunda atas sebab tertentu. Lagu "Masihkah Kau Ingat" merupakan lagu kami berserta gaya yang diajar oleh abang Jumardi. Seronok! Terharu bila ada adik-adik tepuk tangan dan ada juga yang menangis.. Aduhai adik. Jangan la nangis. Kami nak bagi adik-adik terhibur ni tau! Selesai sesi bergambar kami pun pulang. Terharu bila lihat adik-adik menangis sambil lambai dari bas. Jangan menangis dik.. Nanti kami datang lagi. Doakan kami dapat datang lagi ye.. Nak bagitau satu berita hot!! Program kami ini masuk dalam berita AWANI.. Abang Anas diinterview oleh pemberita. Cayalah abang Anas!! hehe..

    Kami pun bertolak pulang dan singgah di Dataran Pahlawan. So, kat sini Ameera la yang jadi tour guide saya. heheh.. Mana taknya. ni bandar masa dia belajar matrik dulu. so, seronok juga la jalan-jalan walau cuaca terik sangat. Rasa terbakar kulit ni. Habis saja jalan-jalan selama 2 jam saja masa yang diberi, kami pun terus bertolak pulang ke Shah Alam.

   Tepat jam 7.00 malam, bas kami pun sampai ke UiTM Shah Alam. Selesai segala taklimat, bas saya telah terpilih untuk menyambut Perdana Menteri pada hari Rabu bersamaan 21 Mac nanti. Sijil, baju, makanan semua akan disediakan. Walau benda tu semua akan berlaku pada waktu malam, saya harap event ini takkan ganggu saya untuk study..

     Selesai saja taklimat itu, bermakna susah lagi untuk saya lihat dia. Semasa sem 1, mudah untuk saya tersermpak dengan dia maka dapat la hilangkan rindu ini. Tapi kini, selamat tinggal~ kita jumpa lagi hari Rabu nanti ye..

    Selesai solat maghrib di surau Melati, saya dan Ameera bertolak pulang ke rumah sewa kami. Penatnya. Tapi terasa berbaloi. Insyaallah kalau diberi peluang lagi, saya akan sertai BADANG Fasa 2 pula.. BADANG, sentiasa diHatiku.. fuhhhhh..heheheheh..

Selamat malam Shah Alam.. Melaka, saya dah mula rindu awak..