In:
day 1 KPO (Kem Pegurusan Organisasi ) ..
Assalammualaikum....


30 Mac 2012, Jumaat.

     Hari ni jam 2.30 petang saya akan bertolak ke Kem Nur Sg. Merab untuk KPO 2012/2013 (Kem Pengurusan Organisasi) atas nama calon Sekretariat Mahasiswa Fakulti Sains Gunaan 2012/2013 (SMF).. Tak pasal-pasal hari ni dapat panggilan miss little red riding hood dr sir BEL. Mana taknya, hari Jumaat orang lain pakai baju kurung, saya pula berbaju sukan dengan sweater merah. hehehe.. ok gak. comel plak dengar. miss little red riding hood.. hehehe..

      Jam 2.30 petang, saya pun berkumpul dengan rakan-rakan lain yang pergi ke kem itu di Teratai. Sebanyak 3 bas yang bakal pergi..Wow! ramainya! Yang terlibat dengan kem ini adalah Majlis Tertinggi Persatuan Dalaman, Calon SMF, MPP, SMF, dan urusetia. Aduhai, layakkah aku untuk memegang jawatan SMF ni?

 Apabila sampai ke Teratai, saya baru perasan dirinya turut ada sekali. Aduhai, dia ikut sekali ke? Saya baru saja niat untuk melupakan dia. Kenapa mesti kita berjumpa lagi? Saya baru saja hendak belajar melupakan awak.. Beratnya dugaan ini. Saya tak mahu berharap pada awak lagi kerana saya sedar siapa saya. Saya tak akan mungkin pernah serasi dengan awak dan saya tak mahu lagi berharap. Saya mahu berpijak pada bumi yang nyata.    

     Tempat itu ok. Saya expectkan yang kami akan tidur dalam khemah. Rupa-rupanya ada dorm. Ok lah.. tak ada lah teruk sangat. Makan pun ok. Pada hari ni ada sesi Ice breaking dan pembahagian kumpulan. Calon SMF ada 2 kumpulan. Dan kumpulan saya diberi nama Abu Bakar As-Siddiq berwarna ungu. Manakal kumpulan persatuan dalaman dicampur aduk dan ada 6 kupulan semuanya. setiap kumpulan terdiri dalam 11 orang paling maximum. Barang amanah kumpulan kami adalah 11 biji telur dan bendera serta headband kumpulan.

    Pada sesi malam pula kami ada taklimat tentnag kertas kerja dan borang. Memang dah penat sampai susah nak fokus tapi tahan saja la.. Selesai saja sesi taklimat itu, semua kumpulan bersurai dan hanya kumpulan calon SMF sahaja ditinggalkan. Alamak.. rasa tak sedap hati pula.

    Malam itu, kami tidur. Badan ni walau dah melekit kerana tak berkesempatan nak mandi terpaksa la tidur sebab tak berani nak merayau-rayau seorang diri kat tempat orang. lagipun, kami tidak boleh keluar dari bilik setelah jam 1.30 pagi. Jam di tangan sudah 1.40 pagi. Tidur saja la.. Pagi esok bangun awal-awal dan mandi..

 Selamat malam.. Saya rindukan lab report microbiology yang tak siap lagi tu..Hari Isnin dah kene hantar. Sempat ke saya nak buat?? .=(