Hari jadi~~
Assalammualaikum...
2 April 2012, Sabtu..
3 April nanti akan genaplah umur saya 20 tahun pada tahun ini..*terbocor rahsia pula hehe.Celebrate birthday di Pizza Hut bersama family buat saya rasa terharu dan lagi best, my father gave me the honour to choose the meal for that night. From appetizer hinggalah main course.*wah, terasa macam boss besar pula.hehe.Dan pada malam itulah juga saya membeli satu planner kerana azam baru bermula 3 April ini untuk belajar manage time.
Selesai sahaja celebrate dengan family, saya pulang ke rumah sewa dan I was expecting something from my housemate. But...... nothing happened. hurmm.tak pelah. maybe diorang penat kot.Dan saya pun bukanlah harapkan sangat apa-apa. Just a wish .
3 April 2012, Selasa....
Pada hari ini, ramai orang wish birthday.. huhu.. segan pula. Terasa tua pula.. dah twenTY tahun ni.. Semoga dengan bertambahnya usia ini, saya akan menjadi lebih matang. Yang paling bestnya ada orang bagi hadiahkan anak patung kura-kura yang boleh jadi peneman tidur. Saya beri nama dia MR. TORTIS weee~ Hari ini juga adalah Annual Grand Meeting (AGM) Persatuan Biology. Pada waktu inilah saya diumumkan sebagai AJK Biro Program Biosmarteam. huhuh.. Terasa dah tanggungjawab kat atas bahu ni. Mampu ke nak pikul? Insyaallah saya mampu kalau saya tidak ulang kesilapan semasa jadi BWP dulu.. Insyaallah..
5 April 2012, Khamis..
Fuhhh! Hari ini sangat penat. Hari khamis adalah hari yang sangat pack. Jam 7 malam baru sampai rumah. Balik rumah, Biha pula sakit teruk. Masa pagi tadi dia memang dah sakit. Tapi malam semakin teruk pula sampai muntah-muntah. Ni dah bahaya ni. Nak kena minta tolong ibu hantar ke klinik ni. Dengan rumah blackout tiba-tibalah pula takkan jadi kerja lah nak menjaga orang sakit ni. Dalam nak call ibu tu la tiba-tiba si Biha ni melompat nyanyi lagu Happy Birthday... Terkejut aku! Jadi blur sekejap..oh! dah terkena prank happy birthday dengan diorang rupanya!cesssss!!!!!!!!! kena tipu! Orang punyalah percaya si Biha ni sakit betul sampai dah rasa panik. Tak pasal-pasal si Ameera kena marah malam itu sebab buat bising je time Biha "sakit".. huhuh.
Comel je diorang susun muffin dengan decoration sendiri dan lilin. Terharu sekejap. Ingatkan diorang dah lupa birthday saya.. Muffin ni pun dah rasa lebih dari cukup untuk segala-galanya. Thank you sangat korang! I really appreciate it. Selepas itu, bermacam-macam pose lah diambil dari birthday girl ni.. heheh.. Dah terasa macam artis pula..Dlah! heheh.. alam tak sampai hati nak makan muffin, last-last makan juga.. hehe.
Malam itu, mandi lewatla sikit lepas sembang-sembang dan main fb jap.. Buka je pintu lepas mandi, diorang simbah dengan air milo,sabun,lotion,perfume,sos cili,telur.. Ya Allah, ingatkan dah habis kene prank, rupanya ada fasa 2 pula!! Arghhh! habis kotor tuala favourite ni.HAbis, kene mandi sekali lagi. Bilik air tu pun kena cuci sebab dah tersimbah dengan "air milo" tu.. Tunggulah, korang.. Birthday korang nanti revenge balik!!
Malam itu, saya tidur dengan perasaan gembira kerana tak sangka dah tua-tua macam ni pun diorang nak buat lagi prank macam ni. Semoga persahabatan kita akan bertambah erat housemate!!
Selamat malam semua~~
0 comments:
Post a Comment