life is full with wonderful colours... and I chose red~
Tuesday, February 28, 2012
paperwork vs rumah sewa vs student portal= stress weyh....
28 Febuari 2012, Selasa...

    Hari ini, banyak sangat kerja yang perlu disiapkan. Proposal program motivasi, repair rumah sewa, teman ibu ke Loyat.... huuuu... Nasib baik malam tadi dah daftar course untuk sem 2 nanti. Jam 3.30 pagi baru selesai cuma tinggal TITAS dan KOKO saja yang belum daftar. Punyalah lama nk loading sebab semalam hari pertama registration online dibuka jadi, ramai yang berebut nak daftar.

   Proposal program motivasi tu walaupun sudah siap, saya perlu tunggu e-mel dari cikgu di Perak untuk sebarang pembetulan pada paperwork..Selepas saling berbalas e-mel, akhirnya saya buat keputusan untuk hantar paperwork itu esok.Walaupun program itu dijangka dilaksanakan pada bulan Julai,tapi kita perlu cepat bertindak kerana dikhuatiri kalau lambat, program motivasi itu akan overlap dengan program maktab. Dan akhirnya, program itu tak dapat diluluskan oleh pihak maktab.. huhuhu.. stress.. saya berharap sangat program ini dapat diluluskan.

    Then, saya cek student portal untuk lihat kalau-kalau KOKO dah boleh daftar. Yes! dah boleh! So, apalagi... Daftar la!! yes! boleh juga daftar archery akhirnya!!. lega! dah lama teringin sangat nak main archery. Punyalah excited nak daftar archery, sampai banyak kali tercongok depan laptop nak daftar course. Dari 27 Febuari kul 9.00 pagi, 10.00 pagi, 12.00 tengahari, 3.00 petang, 5.00 petang, 10.00 malam, 1.00 pagi tapi tak dapat daftat-daftar juga. akhirnya 28 Febuari 1.30 petang dapat juga daftar.. huhu.. kesabaran penting tau kawan~ hehehe..


     Jam 2.00 petang sepatutnya pergi teman ibu ke Loyat naik LRT. tapi, tak jadi. Hp ibu yang nak direpair di Loyat tiba-tiba elok pula.. so, Loyat,cancel! Kita pergi rumah sewa pula. Nak repair rumah! Oh,sudah! Satu hal pulak ni. Mana saya nak cari plumber repair paip rumah sewa ni? last-last.. rembat saja lah mana-mana. Nasib baik ada ibu tolong temankan ke rumah sewa.. Sementara orang itu repair, saya dan ibu usha-usha rumah ni untuk tengok apa yang perlu dibawa nanti. Malas nak bawa banyak sangat barang. Berat den nak angkut ke tingkat empat naik tangga woooo~ naik tangga pun nak semput inikan bawa barang sekali.. fuuh tak boleh den nak bayangkan..


    Sembang-sembang-sembang baru lah perasan rumah ni teruk juga rosaknye. Dengan lampu bilik air tiada, paip air tercabut, sinki dapur tak boleh pakai, tombol pintu hilang... huuu.. pening kepalo den. Plumber pun cakap orang yang tinggal rumah ni dulu ganas-ganas. Ya Encik Plumber. Saya setuju dengan anda. Saya pun sampai tak tahu nak cakap apa bila tengok kerosakan ni semua..Yang tinggal di sini dulu perempuan or gergasi?? Nak kata gergasi, kakak-kakak tu semua cantik. Terserlah segala kesopanan sebagai seorang perempuan.. huu.. geleng kepala je la.. Tersengih saja la aku dengan Encik Plumber tu. Melayang duit den nak bayo repair-repair ni. Cik Biha, Cik nader, Cik Ad, Cik Aisyah, Cik Ameera dan Cik nazurah nanti teman kumpul semua resit dan kita bahagi sama rata ye.. Kome jangan lupa bayo kat teman.

VS



   Tiba-tiba dapat satu SMS dari kawan. Dia bagitau jadual KOKO clash dengan Microbiologi pula... oh man... So, lepas je habis repair rumah sewa, cepat-cepat balik rumah nak daftar semula course..Time-time macam ni la student portal buat hal pula.. haisshhh... sabar..sabar.. susun punya susun.. dapat juga la daftar, cuma tak dapat sama waktu dengan housemate rumah sewaku~ huhu.. tak apa lah.. Mudah-mudahan sem ini tak ada kelas sampai malam lagi..  kalau tidak, sampai rumah sewa pukul 11 malam la macam ni.. Bukan merungut tapi sem ini dah tak duduk kolej, jadi risau sikit pasal keselamatan.

    Hari ni memang sibuk sangat. Nasib baik ada ibu dan ayah yang sudi membantu ringankan beban.. Saya memang stress hari ni..huuu.. jangan layan sangat stress ezzati. nanti cpt tua..Esok, saya akan cuba settlekan paperwork.. Print dan pos. Selagi tak pos, selagi itu hati tak aman. Fuu... sabar ezzati. step by step.Yang penting kerja detail dan mantap! 
Saturday, February 25, 2012
My crush...
Assalammualaikum..

   " Bila kita suka seseorang, yang buruk pun nampak cantik. Segala-galanya pasal dia semuanya indah dan baik..Kentut pun boleh jadi wangi.."


  Ibu saya selalu cakap macam tu kepada saya. Sebab apa? Because I'm always fall for the wrong person. Kadang-kadang bila nampak dia bersongkok, rupanya dia playboy.Bila nampak orang tu berkarisma, rupa-rupanya belakang kita dia hanya berpura-pura. Orang yang kata-katanya selalu lembut dan pandai mengambil hati hakikatnya mempunyai niat tidak baik yang tersembunyi. Nak kata saya pandai tentang lelaki tidak. Tapi, kalau duduk kat taman atau shopping complex,perhatikan ragam orang dan kita boleh buat satu kesimpulan tentang orang tu. That is why people said: First impression is important.

  Ok, berbalik pada topik asal. Sebagai seorang gadis biasa, saya tak boleh lari daripada memiliki perasaan suka kepada lelaki. Its normal. Ianya adalah fitrah manusia.Walaupun pernah la cakap dah malas nak suka-suka orang ni.Penat la..Sakit hati la. bla bla bla.. ok, ni dah macam makcik membebel sorang-sorang.
Straight to the point ezzati. Sebenarnya saya nak kongsi cerita dengan korang pasal crush saya la...*blushing..

   Mula-mula saya hanya anggap dia sebagai catalyst, pendorong semangat, idol, dan role model yang saya mahu contohi. Dia pandai membahagikan masa menyebabkan dia seorang yang fleksibel dan berjaya dalam segala bidang yang dia ceburi. Handsome? Tak. (tak suka orang handsome2 nih. byk sangat persaingan.) Tak handsome takpe. Yang penting hati baik, senyuman manis. Itu pun dah cukup. Tapi, entah mana silapnya perasaan kagum dan hormat itu berubah menjadi suka.Terus saya cuba nafikan kerana fikir perasaan ini adalah satu bala, satu ujian.Saya tak mahu terikat dengan perasaan ini selagi saya belum habis belajar. Saya juga takut untuk berasa kecewa.Jadi, saya fikir perasaan ini harus dilupakan cepat-cepat. Tapi,kawan yang lain pula kata perasaan ini adalah satu anugerah.Nikmatinya tapi jangan melampaui cinta kepada Sang Pencipta.Pelihara ia dengan batas-batas agama. Akhirnya saya jadi keliru. Pelihara perasaan itu atau hapuskan?

  Sampai sekarang saya tak mampu jawab soalan itu. Disebabkan perasaan sayang kepada dirinya dan sedar saya bukan sesiapa di matanya,saya hanya mampu berdoa :

"Ya Allah, andai dia jodohku, satukanlah hatiku dengan hatinya. Tetapi jika antara kami tiada jodoh, hapuskanlah pesonanya di mataku dan ajarkan aku untuk menyayanginya sebagai seorang sahabat. Semoga dirinya dijodohkan dengan wanita yang solehah yang mampu sentiasa membimbing dirinya dekat kepadaMu ya Allah..."


  Hadir dirinya dalam hidup saya sentiasa menyebabkan saya sentiasa tersenyum. Bila datang perasaan rindu, sakit juga nak menanggung. Saya hanya mampu memendam perasaan. Nak diluahkan? Lebih baik disimpan.  Ianya umpama jihad untuk diri sendiri.Segala kenangan tentang dirinya walau setakat terserempak di cafe pun sangat manis dan bernilai bagi saya. Mood yang 'weng' terus jadi baik. Lagi-lagi kalau ternampak senyuman dia.. Terus rasa indahnya dunia. Matahari panas terik pun terasa redup.Automatik mulut ni terus senyum sampai ke telinga. Tersengih-sengih saja la lepas tu. Kawan-kawan yang lain hanya geleng kepala saja lah tengok saya ni. Diorang semua dah faham sangat perangai saya.(mak aii. overnya! besar betul pengaruh si dia dalam hidupku)



   Sekarang, perasaan saya terhadap dirinya 50-50. Saya tak mahu berharap sangat pada dia. Sedar diri saya yang entah siapa ni. Tak layak nak berdiri setaraf dengan dia yang hebat di mata semua orang. Sakit juga sukakan lelaki yang tidak pernah tahu kewujudan kita. Umpama pungguk rindukan bulan. Pungguk jenuh bersiul-siul pada bulan tapi bulan itu masih kekal di tempatnya. Sia-sia. Kadang-kadang terasa juga perasaan ini hanya sia-sia.Hanya buang masa. Tapi bila terfikir semula tentang kenangan, indah juga untuk dikenang. Sayang pula untuk dilupakan.Secara tak sedar, saya mula senyum sorang-sorang. haih.. tak tau la nak jadi apa dengan diri ini. Jadi, saya biarkan masa yang menentukan. Saya percaya Allah telah merencanakan sesuatu yang sesuai untuk diri saya. Saya hanya perlu percaya pada Allah. Hanya kepadaNya saya berserah kerana Dia tahu segala yang tersirat dalam hati saya dan Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat saya.
  
Rumah sewaku ~
Assalammualaikum,

25 Febuari 2012, Sabtu..

   Pada hari ni, student second intake UiTM Shah Alam akan masuk. Walaupun sedih tidak terpilih sebagai PM MDS sesi Mac 2012 tapi saya bersyukur. Ada hikmah sebenarnya di sebalik segala kejadian yang Allah timpa kepada kita semua.

   Hari ini 10.30 pagi saya, Adriana, Nader, Syasya (adik nader) kemas rumah sewa. Rumah sewa tak delah besar sangat pun. Rumah kedai seksyen 7 je. Not furnished lagi. Tapi, itu saja yang murah, selesa dan dekat dengan UiTM. Kemudahan pun banyak kat sini. Sepatutnya hari ni Ameera dan Aisyah datang tolong sama tapi last minute ada hal tak boleh join. Nabihah dan Azura pula duduk jauh. So, awal2 diorang ni memang tak boleh join nak tolong kemas rumah. >>>>Attention to: Nabihah, Azura, Aisyah, Ameera... jangan risau, kitaorang ada tinggalkan job untuk korang..Nanti bila kita semua check-in, kitaorang akan beritahu ye.. hehehe...

   Masa mula-mula sampai rumah tu, Ya Allah! tak tahu la nak cakap apa. macam rumah ditinggalkan 3 tahun!! Kotak merata-rata, kertas berterabur,tilam berlambak-lambak. Yang paling teruk Master bedroom! Punyalah bersepah rumah tu sampai saya dan Adriana saling pandang-memandang. Nak start dari mana ni? Ok. Master bedroom first!

   Sapu sampah. bersihkan sawang, sental lantai dapur, dinding, mop lantai, bersihkan kipas.... Fuhh~ tonnes of work need to be done! Surat khabar tahun 2009 pun masih ada lagi beb! haha.. terkejut saya dan Adriana. Akhirnya dalam jam 3.00 petang, selesai juga kemas rumah tu, tinggal nak buang sampah je. Sampah semua tu kitaorang longgok kat depan pintu dulu dan buang apabila dah habis kemas. Penatnya.. Badan dah penat, lutut pun longgar..Then, bila pandang je pintu rumah tu, Ya Allah... Banyaknya! dari beg sampah, kotak-kotak hinggalah ke tilam dan bantal. Alamak!  Macam mane nak buang semua sampah ni? Dahla duduk tingkat 4. No lif. No car untuk angkat sampah ke dustbin besar. Tiba-tiba terfikir! huish.. Bagus juga kalau ada pak we nih, boleh minta tolong angkat sampah-sampah ni. hehehe..ok, dah mula mengarut ni... abaikan ye.

  So, nak bawa turun sampah ni kitaorang pun buat satu sistem. Setiap orang tunggu di tangga setiap tingkat. Orang paling atas akan pass sampah ni hinggalah orang yang paling bawah sekali.. Save energy! Selesai je sampah terakhir sampai ke kaki lima tingkat bawah sekali kitaorang semua dah mati akal. Macam mane nak bawa semua sampah ni lintas jalan dalam hujan lebat? Kalau tunggu hujan reda, alamatnya nanti balik lambat la. Nasib baik prepare payung. So, apalagi! kitaorang semua redah je la hujan sambil sebelah tangan pegang sampah. Sebelah lagi pegang payung. Bayangkan la.. Macam kelakar pula 4 orang budak perempuan pegang beg plastik hitam sambil sebelah tangan lagi pegang payung lintas jalan dalam hujan lebat. hahaha.. lawak pula.

   Tapi yang lagi kelakar bila Adriana bawa sampah then tiba-tiba tak sampai separuh jalan beg plastik tu dah bocor. Habis jatuh semua pinggan-pinggan, cawan, bekas yang nak dibuang. Saya cepat-cepat tolong Adriana kutip. dah terasa macam drama Melayu pula. Kutip bekas-bekas masuk dalam plastik sampah dalam hujan lebat macam orang miskin kena halau dari rumah pula. Nader pula kata kitaorang macam pelarian.. Pelarian? cess.. teruk benor bunyinya cik nader oii.. Dalam kelam-kabut kutip barang tu,payung saya pula dah hilang entah ke mana. Habis basah lencun kena hujan. Lantaklah. Yang penting, barang-barang ni cepat-cepat dikutip sebelum dilenyek oleh kereta. Akhirnya terpaksa jugaklah beli beg plastik sampah baru ikat sampah semula. Beg plastik asal dah tak mampu nak tanggung berat sampah-sampah tu. Aduhai, banyak betul dugaan. Abang kedai workshop sebelah ni plak asyik nak mengacau je. Sabar je la~

    Selesai buang sampah semua, dalam pukul 3.30 petang selesai semua urusan. Alhamdulillah... lega betul. Kalau boleh, nak balik rumah sekarang, makan tengahari dan nak tidur je. Penat sangat. Tapi bila tengok rumah sewa bersih, hati rasa gembira sangat. Lega. Pukul 4.00 petang, lepas tukar baju, solat zohor, rehat sikit, ayah pun call.. Ok, its time to go home! Nak makan lunch dan rehat. penat. penat. penat. heheh.. Bye-bye seksyen 7!  3 Mac nanti kita jumpa lagi.
Friday, February 24, 2012
result exam...
Assalammualaikum~

   Aduh! Result exam tak mencapai target! Nampaknya tak tercapai la impian nak graduate dengan title ANC. Result tak de la teruk sangat tapi bila kita dah berusaha bersungguh-sungguh sedaya upaya untuk mencapai target tapi tak tercapai, jadi kecewa jugak la..To make things more interesting, ayah yang tolong cekkan. Then, ayah beritahu time makan lunch. Kesian ayam goreng berempah.Makan pun jadi hilang selera. Sup sayur kobis pun makan sambil tahan air mata. Makan jadi syarat nasi habis je. Habis makan terus tidur dalam bilik. Mengubat kesedihan.. Kononnye la~ tapi lepas bangun tidur, mood jadi semakin teruk.Semua jadi tak kena. Alamak, sorry adik-adik mood akak tengah tak baik ni.

    Malam pula kena brainwash face-to-face dengan ayah. Ibu memang awal-awal dah masuk tidur. Ayah macam tak yakin saya boleh bawa course ni. Ijazah Sarjana Muda Biologi... a.k.a biologi pure! Katanya nanti suruh pursue Master in Management. Aduhai, boleh bawa ke subject ni nanti? Entah la. Cuak juga bila fikir dengan result macam ni, persaingan yang makin sengit untuk dapat kerja, fizikal appearance, soft skill, blabla.. tiba-tiba jadi down. Malam pula kawan yang tolong cekkan result pun hantar email result exam. Terus cek dengan mata sendiri. Tapi, jari ni still nak juga merasa klik student portal tu tengok result. So, it is true! 3.**.. Aduhai, memang tak capai target betul! Terus dalam hati ni PANGKAH bila orang sebut pasal pointer. Tiba-tiba pointer ni jadi isu sensitive. sangat sensitive!! Malam tu, ibu la yang menjadi mangsa mendengar tangisan tak berlagu tu...(malu plak bila fikir semula, macam kanak-kanak. Mengada-ngada sangat!)

23 Febuari 2012, Khamis

   Mungkin disebabkan saya sangat rapat dengan ibu, ibu sangat memahami perasaan saya. Macam-macam yang ibu buat. Dia motivate (siap tunjuk result U lagi tau!), belanja tengok wayang, belanja aiskrim (ini yang paling suke! kalo stress mesti makan aiskrim..).Seronok sangat jalan-jalan dengan ibu.. wee~

24 Febuari 2012, Jumaat     
   Hari ini, stress semakin berkurangan. Dapat lihat fb dan blog si Dia cukuplah. Tengok khabar saja sekadar tahu dia masih sihat. Bila dah tahu dia sihat, saya rasa gembira =).. Hari ini ibu hadiahkan biji benih bunga.. Kononnya dengan menanam bunga nanti dapat release tension.. Betulkah? heheh.. tak tau. Tapi sekarang saya dah tak sabar nak menanam bunga nih! Excited! kalau korang nak kata saya ni macam kanak-kanak Ribena pun tak pe. Memang betul pun. hehehe...Ade dua jenis bunga, satu Celosia Plumosa dan bunga Matahari!! yeay! Lepas ni, nak bela ikan laga plak la! hahaha.. Seronok!

Celosia Plumosa

Bunga Matahari
hari ketiga= hari terakhir...=(
       Assalammualaikum.
14 Febuari 2012, Selasa..

      Aduhai, hari ini hari terakhir di Pengkalan Hulu. Bangun pagi pun rasa tak semangat je.. Pagi-pagi lagi dah mandi air kolah.. Pergh~ sejuk! Nak menjerit tapi suara tak keluar...  Makan sarapan tak lalu sangat. Bukan sebab makanan tak sedap tapi tengok Mak Andak mengalir air mata rasa sedih pula. Sedih sangat. Di sini la saya mula belajar hidup berdikari, kenangan dengan kawan-kawan, kenangan pegang jawatan, kene denda pelik-pelik dengan cikgu... Tapi orang kata tak elok asyik berpegang pada kenangan silam. We need to move forward and let it become our beautiful memory to be remembered..


    Seawal jam 9.15 pagi tiket saya dan Ili untuk bertolak ke Jalan Duta dengan bas Transnasional.. Ya Allah, tiket balik Mak Andak belanja. Dah la balik ni pun dia bagi bunga kantan, asam keping, ikan pekasam, bekal kue teow lagi..Sepanjang duduk rumah Mak Andak tu, ada je yang Mak Andak belanja.Segan betul~ psstt..nak tau tak? kami culik cikgu Engku Lin bawa balik KL..tak percaya? heheh.. kidding. Cikgu Engku Lin ada kursus kat KL la. Cikgu naik satu bas dengan kami.. Bila bas mula bertolak, rasa sayu je dalam hati tengok bas bergerak tinggalkan stesen bas. Biarpun buruk, tapi penuh dengan kenangan especially semasa bulan Ramadhan...Bye-bye Mak Andak, Bye-bye Pengkalan Hulu!

   Dalam pukul 2.00 petang, akhirnya sampai juga KL. Selesai solat jamak zohor dan Asar, akhirnya ayah pun sampai. so, bye-bye Jalan Duta.. Hello Shah Alam! Huhu.. Penatnya tapi its worth it. Kalau ada masa nanti, saya nak pergi Pengkalan Hulu seminggu pula. Next time, pelan baik punya! hehehe...
Sunday, February 19, 2012
Hari Kedua di Pengkalan Hulu.. Its memorial ~
Assalammualaikum..

 Isnin, 13 Febuari 2012...........


    Fuhhh... sejuknya pagi ni. Sejuk mengalahkan air-cond padahal bilik yang saya tidur ni takde air-cond dan kipas. Oh! baru teringat. Masih lagi berada di Pengkalan Hulu!! Seronoknya! Patutlah sedap je tidur rasa macam nk sambung je tidur balik. Tapi mengenangkan kewajipan utama sebagai Islam tak dilaksanakan, gagahkan jugaklah diri ni bangun jugak..

  Dalam pukul 9.00 pagi, Pak Andak (suami Mak Andak) hantar saya dan Ili ke MRSM Pengkalan Hulu. Hati ni asyik berdegup pantas je. Terasa nervous tapi excited! Entah kenapa la tetiba nak nervous pula ni. Ezzati, awak tu dah habis SPM. Dah masuk degree pun. Takkan masuk  sekolah menengah pun nak nervous lagi..(Entah la.. masih terasa lagi kenangan masa mula-mula masuk maktab. Seolah-olah macam daftar sekali lagi).. Bila kami sampai pondok pak guard maktab, pergh.. Nervous gila! macam-macam soalan dah dalam fikiran ni. Ingat lagi tak cikgu pada kami (batch pertama MRSM Pengkalan Hulu)? Banyak ke perubahan pada maktab ni? Ramai ke cikgu yang dah pindah.. Perasaan waktu tu bercampur-campur. Fuh.. Berdebar!


    Perkara pertama sampai maktab, kitaorang terus pergi pejabat selesaikan segala urusan. Rupa-rupanya, akak-akak pejabat masih lagi ingat kami. Itulah yang bestnya di MRSM PH ni. Hubungan kami dengan staf sangat rapat even cleaner pun kami rapat. Gembira bila kami masih dapat berpelukan dan bertanya khabar. 2tahun adalah masa yang agak lama bagi kami sehingga banyak perubahan yang berlaku di maktab. Pengetua juga telah bertukar. Maktab semakin cantik. Banyak gambar yang kami ambil tapi tak boleh upload kat blog..=(

  Kami dapat jumpa cikgu Yuhaniza (guru bio). psst.. Cikgu dah mengandung tau! hehe.. Then, pergi bilik guru sembang2 dengan Cikgu Khairil, cikgu Juliana, Mr Yunn, cikgu Shapiza.. Jumpa cikgu Shapiza tu kecut gak perut walaupun dah tak belajar dengan dia.. Ayat pertama cikgu cakap kat saya: Haa. Ezzati ni. Kuat main facebook.. hehe = p. alamak kantoi! ramai cikgu sibuk sebab hari tu, (Isnin, 13 Febuari) hari pertama mengajar form 4..So, kami hanya dapat bercakap sekejap je dgn cikgu Hazlin, Ustaz Subri, Ustazah Norhasimah, ramai lagi la...

   Then, kami minum2 sikit dengan cikgu Engku Lin, cikgu baru dan Ustazah Desmariatul.. sembang-sembang pasal masa depan, pasal maktab. Cukuplah untuk hilangkan rindu kami pada maktab. hehe.. 11.50 pagi, kami bergerak ke 507 atas jemputan Cikgu Khairil untuk bagi sedikit talk semasa subject Sivik tentang course, SPM, universiti, mock-interview, etc..Ili lebih banyak memonopoli talk sebab dia lebih banyak info pasal hal-hal ni... heheh.. mana yang saya tau saya topup la sikit. ngee~ (kena banyak membaca la lepas ni.)



   Habis je masa Sivik, kami mohon diri dan saya pun pergilah melawat 504 (kelas sendiri). kelas wanted tu! hehe.. Kelas yang paling bising la..(saya tak bising..sy baik.hehe. ye ke baik?) bergambar sikit, dan terus ke makmal.. terjumpa pula cikgu Jasmi. cikgu fizik paling cool! korang jgn tak tau. maktab kita dah ade taman Sains tau.  Kat area-area lab la.. Siap dengan kandang ayam lagi! Cantik. again, xleh upload gamba.. Then, pergi bilik kaunseling, jumpalah kaunselor kami yang sangat dedicated! Dan dari situlah munculnya idea untuk membuat program motivasi pada bulan Julai ni. Program ini akan melibatkan 40 orang bekas pelajar MRSM PH sebagai fasilitator untuk membantu junior kami di sini. Di samping itu, bolehla buat reunion kecil-kecilan. Insyaallah kertas kerja saya akan hantar esok (20 Febuari) kepada pengetua maktab untuk membantu adik-adik kami di sini.. Mudah-mudahan diterima. Amin..

    Selepas berbincang dengan kaunselor kami, saya dan Ili berjalan-jalan di maktab sebelum pulang ke rumah Mak Andak. Dari bilik seni lukis ke bilik R&R hinggalah ke bilik kami semasa belajar. Korang, bilik Rehat dan Rawat (R&R) dah lawa tau! ada air-cond lagi! hehe..(bangga jap sbg biro kebajikan) susunan perabot dalam bilik pun dah diubah. Bilik nampak lebih kemas dan teratur serta luas! Sekali lagi, gambar xleh upload..=( (P109 sekalian, aku dah masuk bilik kita! ) Ili pun sama gak excited tgk bilik die.. Bukan aku sorang je.. Kesian, budak kat bilik tu, tercengang-cengang tengok senior excited tngakap gamba dgn katil dan loker.. hehehe.. dalam pukul 3 petang, kami pun pulang ke rumah Mak Andak.

   Petang tu, selesai makan tengahari dan nap sekejap kami berjalan-jalan ke tasik berhampiran. Hilangkan kepenatan dan menghirup angin petang. Pengkalan Hulu dah banyak berubah. Dulu, tasik ni kering. tapi sekarang dah ada air. Ekonomi pun berkembang. Tak lama lagi akan ada pekan baru di sini.. Pengkalan Hulu semakin maju. Malam tu, lepas dinner kami hanya duduk tengok tv dan sembang-sembang. Saya apalagi kalau dah jumpa novel bertimbun di bilik anak perempuan Mak Andak.. Membaca novel je la memanjang.. hehe.. Malam itu, kami tidur dengan kepenatan.. Selamat malam Pengkalan Hulu!!


~zett~
Saturday, February 18, 2012
cheer up!! Its the first day at Pengkalan Hulu!!
Assalammualaikum...
 
    Hajat ke Pengkalan Hulu ni sebenarnya dah lama. Tapi disebabkan sibuk dengan kerja (selepas SPM) dan tiada teman yang dapat ikut sekali ke PH akhirnya hasrat tu terkubur macam tu sahaja. Nak pergi sorang takde hal. Tapi takkan la ayah nak bagi anak perempuan travel sorang-sorang kan? Memang cari nahas la. So, nak tak nak cuti semester ni kena pergi jugak sebab nak amik sijil SPM yang dah 2tahun tersimpan kat maktab. Senang nanti kalo nak minta ape2 pinjaman dan biasiswa.hehehe...



    12 Febuari 2012 bersamaan hari Ahad, 9.00 pagi saya dan Ili bertolak ke PH. Kitaorang akan tidur 2 malam di rumah mak angkat Ili which is now mak angkat saya jugak! yeay! Dah lama tak naik bas, dapat plak seat yang duduk asing2 dr Ili= BOSAN.. jadi, kebanyakan masa dalam bas tu asyik tidur je . Sedar tak sedar dalam pukul 2.00 petang akhirnya sampai jugak ke PH. Masa lihat stesen bas PH tu, tak tau nak cakap ape dah. teruja, sedih, rindu sangat dengan tempat ni. Macam tak percaya akhirnya samapai juga ke sini setelah 2 tahun tinggalkan maktab.Dulu, masa belajar kat PH boleh kata tiap2 petang selama seminggu pergi bazar ramadhan kat sini. Itu yang best bila jadi biro kebajikan boleh teman kawan2 pergi bazar sbb biro saya handle trip ke bazar.. heheh.. syok sangat.

    Mak Andak (mak angkat saya dan Ili.) sambut kitaorang di stesen bas dan pergi ke rumahnya. Takdelah besar mcm istana tapi selesa sangat duduk rumah Mak Andak macam hotel plak. Eh, silap. Hotel pun kalah tau! Cuba bagitau,hotel mana yang boleh sediakan pakej macam ni? Makan free. Penginapan free. Transport free.  Rumah atas bukit lagi. Terasa nyaman bila angin bertiup. Kebetulan jugak Mak Andak ada buat jamuan kecil-kecilan.. Saja ajak kawan-kawan dia makan dan kenalkan kitaorang.Seronok! (xpernah ada mak angkat. jadi pengalaman pertama sangat menyeronokkan..) masakan Mak Andak memang sedap. Nasi impit dengan kuah kacang is the best! Lupa plak nak minta resepi kuah kacang. =(


   Lepas solat jamak maghrib dan Isyak, Mak Andak bawa kitaorang ke Kolam Air Panas Ulu Legong.. Mandi waktu malam-malam best sebab kombinasi cuaca sejuk malam dan panasnya air kolam buat rasa nak mandi lama je. pergh. memang best! Hilang sengal2 badan ni bila berendam dalam air panas. tapi tak dapat mandi lama. =( Lain kali kalau datang PH, mesti nak ajak family datang sini lah lagi! (Kolam air panas Ulu legong lebih dekat dengan Baling>>>bandar outing time belajar.)

   Sampai je rumah, badan dah letih. Jadi, malam tu agenda apa lagi kalau bukan tidur!! Esok, nak pergi MRSM Pengkalan Hulu plak. jadi kenalah tidur awal! banyak tenaga untuk dipakai esok sebab nak jalan-jalan round maktab.. hehe.. seronok sangat bila dapat jejak kaki di PH. Rasa macam tak percaya je. Akhirnya dapat juga kembali ke zaman kanak-kanak ribena.. haha. Rindu kenangan tu... Nostalgia di PH memang takkan dapat dilupakan. Di situlah pahit manis kehidupan bersama kawan-kawan yang sangat bermakna..lagi2 first time belajar duduk asrama. Saya sayang awak semua Highlanderz!!
~zett~

Followers

Powered by Blogger.

About Me

bila hatiku berkata
View my complete profile

Popular Posts