SUKOL-memanah
Assalammualaikum...
19 Mei 2012, Sabtu...

   PAda pagi ini seharusnya saya ke 1-citizen (kelas etika penggunanan internet). Tetapi saya batalkan last minute kerana mengikuti kursus memanah di UiTM. Pada mulanya saya dan kawan-kawan berkumpul di Padang Seroja. Tetapi jadi terkejut apabila tidak ada langsung pihak penganjur. Rupa-rupanya, tempat kursus itu telah ditukar ke tempat lain! Penat je tunggu kat situ... Dari Padang seroja, kami berjalan kaki ke Pusat sukan seterusnya ke Stadium UiTM dan patah balik ke Pusat sukan lalu ke Padang Bola sepak.. huhu.. penatnya!! Apabila kami sampai ke tempat itu, kelas telah pun bermula. Nasib baik kami sememangnya sudah ada basic skill memanah.. huhu

     Tujuan asal sy ke kursus ini adalah kerana sy fikir boleh memasuki pertandingan SUKOL(sukan antara kolej) bagi acara memanah dan jurulatih sy akan mengambil extra mark utk markah koko sy. Tapi, sy dan kawan2 berasa tertipu kerana kami dikumpulkan pada hari itu sbg sukarelawan pertandingan untuk esok. Di hati memang rasa marah dan kecewa setelah jalan kaki jauh2 semata-mata untuk tahu yang kami tidak dapat masuk bertanding SUKOL. Katanya semua pasukan perlu menghantar 4 wakil sj dan kesemuanya sudah penuh.Patutlah di hati ini ada rasa musykil apabila mula-mula jurulatih mewajibkan kami semua masuk SUKOL bertanding atas nama NR (non-resident) kerana sy fikir tak logik utk 30 org masuk satu pasukan.

     Tetapi nasib sy baik apabila setelah berbincang bersama wakil JPK yg tiada ahli untuk pertandingan memanah, sy dan 3 org lagi rakan diterima untuk memenuhkan tempat mereka.. Yes! dapat juga peluang untuk bertanding dan merasai aura SUKOL. heheh..

20 Mei 2012, Ahad.......

   Hari ini adalah hari pertandingan..... Ada juga rasa gementar.. Setelah warm up di bilik, saya bergerak ke tempat pertandingan..Acara bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 1 ptg. Acara yang dipertandingkan adalah:

lelaki: jarak 30 m dan 15 m
perempuan : 20m dan 15 m

   Mula-mula kami diberi masa 4 minit untuk Sighters iaitu berlatih memanah dan membetulkan sight (alat utk melihat target). Kemudian, acara bertanding pun bermula.. setiap org diberi 6 anak panah dalam certain masa..*tak ingat plak berapa banyak masa tu... kemudian kami rest dalam seminit dan sambung semula memanah untuk sesi kedua pada jarak yang sama.. Setelah itu, jarak memanah dikurangkan.

   Setelah memanah arrow yang terakhir dan selesai mengambil markah, kami ke Pusat Sukan untuk acara penyampaian hadiah.. Walaupun saya kalah, tetapi pengalaman masuk SUKOL adalah sesuatu yang bermakna. sangat mendebarkan dan menyeronokkan..dan pengalaman pertama juga untuk melihat lengan sendiri lebam biru kesan dari memanah. heheh..

~Selamat tinggal SUKOL 2012~