life is full with wonderful colours... and I chose red~
Wednesday, May 30, 2012
Running man~~
30 Mei 2012, Rabu
Assalammualaikum..

       Hari ni saya membuat sesuatu yang takkan saya percaya seumur hidup!!! saya tengok running man! wargh~~~ Korea bukan lah minat saya. Dulu, orang asyik sebut Running man, Running man.. Saya buat muka toya n dek je.. Tak berminat langsung nak tau! So, selepas tengok the legendary Running man, syok gak layan cerita ni..*ini satu kemajuan..heheh ....Untuk lebih style lagi, adik lelaki yang perkenalkan.. hohoho.. *selama ni lelaki yang saya kenal semua tak suka korea.. Out of 100 guys, satu je yang saya kenal fanatik pada korea.. well, agak megejutkan kerana adik laki ni dulu asyik ejek laki korea gay tapi end up die yang download Running man sampai episod 30.. ha! hambek ko. addicted terus!

    So, my favourite is Jong kook laa.. heheh.. yang paling kuat and paling 'SPARTA'!!! hahahaha.. terkejut den bila part die muncul masa game hide and seek...ok, dah lewat ni.. Esok, nak sambung Running man with my beloved brother n sister.. heheh..*I'm also become addicted tapi belum sampai fanatik lagi okeh!

~Selamat malam Running man~
Sunday, May 27, 2012
ragu-ragu
28 Mei 2012, Isnin
Assalammualaikum...

   Saya mula meragui pilihan yang telah saya pilih.. Betulkah ini jalan yang saya mahu teruskan? Kenapa saya mula tak yakin dengan kemampuan saya? Kadang-kadang timbul juga rasa menyesal pilih jalan ini, pilih tugas ini, pilih bidang ini...... Haruskah keraguan wujud saat diri ini berada di persimpangan kejayaan dan kegagalan.. huhuhu..

~insan yang mula meragui dirinya..
Saturday, May 26, 2012
cinta boleh dipupuk..
27 Mei 2012, Ahad
Assalammualaikum..

   Bermula semalam (sabtu), cuti gawai selama seminggu telah bermula. Sebenarnya saya tak faham signifikannya cuti selama seminggu ni. Takkan cuti sekadar perayaan tu sj tak boleh ke? Ini semua sudah menggangu sy nak belajar dan fokus untuk final exam yang bakal berlangsung dalam masa 3 minggu je lagi.. Disebabkan cuti ini jugalah study week telah dikurangkan menjadi 4 hari saja. Cukup tak puas hati.. urgh!

     Baru-baru ini otak saya telah dapat berfikir dengan lebih logik. Beberapa persoalan yang sering saya persoalkan sudah saya temui jawapannya.. Kenapa saya harus asyik mengingati dirinya? Kenapa saya harus sentiasa mengambil berat dirinya? kenapa hati ini gagal melupakan dia? kenapa sy tak mampu melupakan dia? kenapa? kenapa? dan kenapa? Jawapannya senang sahaja.. kerana SAYA TIDAK MAHU MELEPASKAN DIA. kerana SAYA TIDAK MAHU MELUPAKAN DIA. kerana SAYA TIDAK MAHU MENERIMA HAKIKAT.....

   Jawapan ini saya temui setelah saya sedar, buat apa untuk saya terus-terusan meyeksa diri bersedih hati memikirkan dia? Saya ada keluarga yang sentiasa menyayangi saya, saya ada kawan-kawan yg sudi membantu saya, saya ada ibu yang sentiasa berada di kala senang dan susah saya dan saya ada Tuhan yang sentiasa melindungi saya... Every breath I take showing the love He cared for me.. Jadi, kenapa saya perlu untuk bemuram durja hanya kerana seorang lelaki yang entah sedar kewujudan perasaan sy ni..

    Pada masa yang sama, saya mula menjadi matang. Dulu, saya fikir apabila lelaki mula ambil berat pd perempuan  menunjukkan dia ada perasaan pd perempuan itu. Tapi kini, sy sedar bahawa prinsip itu silap. Mungkin ianya atas dasar persahabatan dia ambil berat. Contohnya, saya telah menemui seseorang yang sy boleh anggap sebagai abang kerana dia sentiasa mengambil berat, menasihati dan membantu sy.. Boleh dikatakan dia juga seperti tulang belakang saya apabila saya melakukan satu kerja ni.Pada mulanya saya hampir fikir dia suka dia. Tapi sy silap. Perasaan lebih2 tak wujud antara kami. Dia menghormati sy dan saya juga hormat dia kerana pengalaman yang dia ada dan kesabaran yang tinggi serta ketelitian dalam bekerja. Jadi, antara kami tidak lebih sekadar rakan seperjuangan.

    Jadi, kesimpulannya, cinta boleh dipupuk. Ayat itulah yang sering saya ingatkan diri saya apabila perasaan terhadap si dia mula mekar kembali. Saya akan setia menunggu jodoh saya dan menerima dirinya seadanya. Saya percaya setiap manusia diciptakan dengan kelebihan dan kekurangan tersendiri. Jika saya berkahwin bukan atas dasar cinta pun saya akan belajar cintakan pasangan sy kerana saya percaya cinta boleh dipupuk. Jodoh dan maut semuanya di tangan Tuhan.We dont need to find the right person to be loved because love is blind. We dont know when we fall in love until the right time comes.. and when it comes, you will know he is the ONE.
~I'm movin on~
ibu masuk hospital~
21 Mei 2012, Isnin
Assalammualaikum..

     Hari ini ibu bakal ke hospital sg. Buloh untuk check-in pembedahan pada rabu nanti. Hati ini memang rasa tak keruan. Insan yang disayangi masuk ke hospital seorang diri. Tiada siapa yang mampu menjaga beliau. Ayah dengan dunianya. Abang jaga adik2. adik2 yang lain pula masih bersekolah. Di kelas pula saya tak mampu untuk  concentrate. I forgot how to count, I lost track of time, I become inorganise. Dengan mengejar lab report akhir, test yang bersusun, meeting, rakan-rakan yang tidak memahami membuat diri ini semakin tension dan betul2 mencabar benteng kesabaran.. kenapa mesti minggu ini? kenapa semuanya harus berlaku sebelum cuti?

~ Limit kesabaran semakin tipis~
SUKOL-memanah
Assalammualaikum...
19 Mei 2012, Sabtu...

   PAda pagi ini seharusnya saya ke 1-citizen (kelas etika penggunanan internet). Tetapi saya batalkan last minute kerana mengikuti kursus memanah di UiTM. Pada mulanya saya dan kawan-kawan berkumpul di Padang Seroja. Tetapi jadi terkejut apabila tidak ada langsung pihak penganjur. Rupa-rupanya, tempat kursus itu telah ditukar ke tempat lain! Penat je tunggu kat situ... Dari Padang seroja, kami berjalan kaki ke Pusat sukan seterusnya ke Stadium UiTM dan patah balik ke Pusat sukan lalu ke Padang Bola sepak.. huhu.. penatnya!! Apabila kami sampai ke tempat itu, kelas telah pun bermula. Nasib baik kami sememangnya sudah ada basic skill memanah.. huhu

     Tujuan asal sy ke kursus ini adalah kerana sy fikir boleh memasuki pertandingan SUKOL(sukan antara kolej) bagi acara memanah dan jurulatih sy akan mengambil extra mark utk markah koko sy. Tapi, sy dan kawan2 berasa tertipu kerana kami dikumpulkan pada hari itu sbg sukarelawan pertandingan untuk esok. Di hati memang rasa marah dan kecewa setelah jalan kaki jauh2 semata-mata untuk tahu yang kami tidak dapat masuk bertanding SUKOL. Katanya semua pasukan perlu menghantar 4 wakil sj dan kesemuanya sudah penuh.Patutlah di hati ini ada rasa musykil apabila mula-mula jurulatih mewajibkan kami semua masuk SUKOL bertanding atas nama NR (non-resident) kerana sy fikir tak logik utk 30 org masuk satu pasukan.

     Tetapi nasib sy baik apabila setelah berbincang bersama wakil JPK yg tiada ahli untuk pertandingan memanah, sy dan 3 org lagi rakan diterima untuk memenuhkan tempat mereka.. Yes! dapat juga peluang untuk bertanding dan merasai aura SUKOL. heheh..

20 Mei 2012, Ahad.......

   Hari ini adalah hari pertandingan..... Ada juga rasa gementar.. Setelah warm up di bilik, saya bergerak ke tempat pertandingan..Acara bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 1 ptg. Acara yang dipertandingkan adalah:

lelaki: jarak 30 m dan 15 m
perempuan : 20m dan 15 m

   Mula-mula kami diberi masa 4 minit untuk Sighters iaitu berlatih memanah dan membetulkan sight (alat utk melihat target). Kemudian, acara bertanding pun bermula.. setiap org diberi 6 anak panah dalam certain masa..*tak ingat plak berapa banyak masa tu... kemudian kami rest dalam seminit dan sambung semula memanah untuk sesi kedua pada jarak yang sama.. Setelah itu, jarak memanah dikurangkan.

   Setelah memanah arrow yang terakhir dan selesai mengambil markah, kami ke Pusat Sukan untuk acara penyampaian hadiah.. Walaupun saya kalah, tetapi pengalaman masuk SUKOL adalah sesuatu yang bermakna. sangat mendebarkan dan menyeronokkan..dan pengalaman pertama juga untuk melihat lengan sendiri lebam biru kesan dari memanah. heheh..

~Selamat tinggal SUKOL 2012~
In:
SPID!
Assalammualaikum...
17 Mei 2012, khamis

    Hari ini telah berlangsung program pertama kami sbg seorang ahli SMF. kepada sesiapa yg xtahu apa itu SMF? Smf adalah Sekretariat Mahasiswa Fakulti..kami menguruskan perjalanan progtam penting fakulti spt sambutan raya, anugerah dekan, menjaga hal ehwal persatuan dalaman spt persatuan Biology, Fizik, Kimia, Kimia Gunaan dan sebagainya..

    Event yang pertama itu ialah Sukan Piala Dekan or known as SPID.Sepatutnya berlangsung selama 1 minggu tapi atas sebab  fasiliti dan clash dgn SUKOL, event seminggu menjadi sehari.. oh, bukan sehari actually. 6 jam saja. Saya pula berperanan sbg pengurus sukan bola keranjang.. tapi gelanggang saya hanya dibenarkan guna mulai jam 8 malam (jd 4 jam sj). Game org lain pula start jam 5 petang..huhuhu.. Pada mulanya agak 'angin' la sbb game sy hanya boleh mula jam 8 dan banyak team yg perlu main. Tapi, maybe ini hikmahnya kerana pada hari yang sama sy ada kokurikulum jam 5.30 ptg hingga 7.30 mlm..

   Disebabkan masa yang agak singkat, permainan yang asalnya jadi 5:1:5 berubah menjadi 3:1:3... 3 minit 1st half, 1 minit rehat, 3 minit 2nd half..Pada mulanya agak kelam-kabut sampai terlupa nak ambil bola. *ops.Jam dah 8.40mlm tp game tak start lagi..supposed jam 8 dah mula. huhuhu..Tapi mantain cool..Segala masalah ada jalan penyelesaian..Then, semuanya berjalan dengan lancar setelah pengadil yang sesuai telah dijumpai dan flow game mula run dengan smoothly.. Adat bersukan, kalau ada yang tak puas hati tu biasalah kan?

   Akhirnya pada jam 11.15malam, game pun sudah habis. Yess! berjaya juga habiskan game ini. Frankly speaking,sepanjang game sy risau sy tak mampu habiskan game pd malam yg sama.. tapi, setelah selesai game sy mampu menarik nafas lega.. fuhhhh.. lega sangat!

   Game yang paling akhir habis malam itu adalah futsal (lelaki). Setelah semua selesai, semua pengurus sukan ada taklimat dgn MPP. Then, kami semua pulang.. Esok ada kelas pagi, test lagi. Nasib baik dah study. heheh..

    *Si dia ada tadi. Dah lama tak melihat jadi rindu pula.... Dia spt biasa hanya diam tak bersuara. hanya mata menjadi pemerhati permainan yg sedang berlangsung.Niat di hati ini mahu menegur tapi hasrat itu akhirnya dibatalkan. Siapa saya untuk menegur dirinya? Takut dan malu masih menebal walau hakikatnya dekat tapi sebenarnya kami jauh.... Saya berpura-pura tidak menyedari kehadirannya kerana tidak mahu melayan perasaan ini. Takut jika dilayan, semakin sukar untuk sy melupakan dia.. huhu. inilah nasib org yg bertepuk sebelah tangan...

~selamat malam Shah Alam~
Saturday, May 5, 2012
memujuk hati ~
Assalammualaikum...
5 Mei 2012, Sabtu..


Lelaki sejati yg benar-benar mencintaimu,dia tidak akan pernah berani menyentuhmu, merayu dan menyanjungmu dengan kata-kata sayang sebelum kau halal buatnya. Tak mampu dia membuatmu terbuai ke angkasa dalam layangan cinta semu yg akan menjuruskannya dan dia ke neraka.

Tak mampu pula dia tega membiarkanmu berada dalam khayalannya yg penuh dalam lumpur.

dialah yg kelak akan datang bersilaturrahmi ke rumah ortumu.dialah yg akan berani melamarmu.dialah yg bersedia menjagamu seumur hidupmu.dialah yg akan berusaha membuatmu bahagia.dialah yg merasa hidupnya sempurna bila hidup bersama denganmu selamanya.

drpd fb: Wanita Solehah itu Bidadari Syurga (5 Mei 2012, 7.41 pm)


    Semoga saya akan bertemu jua dengan insan seperti ini.. yang mencintaiku kerana Allah dan bukan kerana nafsu.. Amiin. Saya akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat mr. catalyst.... Walau hati ini sangat sayang tetapi andai tiada jodoh..... kita perlu terima dengan redha.


~insan yang memujuk hatinya sendiri~

Followers

Powered by Blogger.

About Me

bila hatiku berkata
View my complete profile

Popular Posts