life is full with wonderful colours... and I chose red~
Friday, March 23, 2012
hari Kedua BADANG ~
Assalammualaikum...

16 Mac 2012, Jumaat...

  Pada hari ini, program pack dengan program berunsur ilmiah..Pada waktu pagi, kami mengadakan slot Black and White.Slot yang meminta adik-adik menyenaraikan segala kekurangan serta kelebihan diri masing-masing. Seterusnya ujian warna IPW (Inventori Personaliti Warna). Ujian warna ini dapat menghuraikan personaliti seseorang berdasarkan warna. Group saya terdiri dari 2 orang personaliti jingga dan 3 orang personaliti emas. Orang jingga ni adventurous dan boleh juga dikatakan sebagai seorang yang happy-go-lucky. Orang Emas pula adalah seorang yang mementingkan adat dan seorang yang mematuhi peraturan.Selalunya ketua-ketua terdiri daripada orang Emas.Saya pula adalah orang hijau.Orang hijau ni pula................ Rahsia, tak mau bagitau..hehehe..

   Kemudian, program diteruskan dengan slot pensyarah dari UiTM menyampaikan tajuk berkenaan Fizik. Sedikit tips dan cara menjawab disentuh dalam slot ini. Sebagai fasilitator, tugas kami adalah membantu adik-adik tingkatan 4 dan 5 di dalam dewan itu agar mereka lebih mudah faham dan cepat tangkap apa yang diajar oleh lecturer. Rindu pula masa form 4 belajar fizik..fizik best!seronok sangat.. sekarang ni belajar biology keje asyik menghafal and membaca je. Rindu juga nak menekan kalkulator nih. heheh..

 Selesai sahaja slot Fizik, orang-orang lelaki sibuk ke Solat Jumaat.. Dan kami, yang gadis-gadis ayu ni, apalagi ambil masa ni untuk tidur la... penat sangat. Sedap juga tidur. Sedar-sedar dah jam 3 petang. Oh man! program start jam 3! Kelam kabut saya bersiap ke dewan.Sampai saja ke dewan program, rupa-rupanya abang Jumardi sibuk nmengajar tepuk-tepuk break pada adik-adik. Fuhh.. nasib baik ada abang Jumardi.. Tapi, takpe, saya pun dah ajar group saya tepuk-tepuk break ni masa buat IPW tadi. Tapi, kenapa saya punya lain dengan abang Jumardi? Errr..takpe la adik-adik group saya tu pandai-pandai. Mesti diorang boleh sesuaikan diri. hehehe..

  Selepas itu, program diteruskan dengan slot Matematik Tambahan. Seperti slot Fizik, slot Matematik Tambahan dikendalikan oleh lecturer dari UiTM dan fokus utama slot ini adalah mengajar peserta cara menulis jalan kira matematik yang betul,tepat serta mantap! Nasib baik formula-formula Add Math masih lagi kuat kat otak ni. hehehe.. Seronoknya buat Add math! Setelah sepanjang hari, asyik belajar hingga otak ni dah jadi tepu, petang itu, kami beriadah.. Weeeee~ main bola beracun, ayam dengan musang, polis dengan penjahat. Saya dapat main polis dengan penjahat je. hehehe.. tengah-tengah syok main kejar-kejar tu, saya terjatuh macam superman, Adoii.. sakitnya! luka dah siku ni. Perit betul. Tahan je la.. sikit je luka ni..

    Selesai solat maghrib dan Isyak, kami membuat soalan Dr.JJ.. Soalan ini bertujuan untuk mengenalpasti cara belajar seseorang. Soalannya boleh tahan juga mencabar. Then, adik-adik ini semua melihat tayangan yang bertajuk : Meet The Robinson.. dan malam itu, abang Jumardi tiba-tiba mengamuk! Aduhai, adik-adik.. kenapa la buat abang Jumardi marah.. Akak pun takut bila abang Jumardi marah.. Kenapa la adik-adik tak ikut cakap abang Jumardi tu.. Minta maaf, akak tak boleh nak tolong.

   Malam itu, kami tidur awal kerana esok, kami ada Qiamullail. Minta-minta dapat bangun awal~ Penatnya tapi seronok sangat berada di BADANG.  Tak menyesal dapat ikut ke program BADANG.. yeah!!

Selamat malam BADANG~                                                       
Tuesday, March 20, 2012
Luahan hati~
Assalammualaikum...

21 March 2012, Rabu,

    Sepanjang di program BADANG, banyak sangat kebetulan dengan mr. catalyst. Makin saya nak elak, makin kerap pula kebetulannya. Alangkah bagus kalau semua ini berlaku sewaktu saya sangat-sangat sayang pada dia. Kini, kejadian itu semua berlaku saat saya dah tawar hati dengan dirinya. Semanis mana pun senyuman dia, seramah mana pun bicaranya dan sekerap mana pun saya berpeluang meluangkan masa bersama dia... Semua itu sudah tiada gunanya. Saya letak tangan di dada dan cuba rasa degupan jantung ini tapi ianya tidak berdegup sekencang dulu. Tangan ini tidak lagi menggeletar seperti dahulu dan segala pesona tentang dirinya tidak lagi menarik buat saya. Senyumannya yang boleh membuatkan saya tersenyum sepanjang sudah hilang serinya di mata saya..

   Saya sedar saya tidak sehebat gadis-gadis lain. Malah fizikal saya membuatkan diri saya kelihatan lebih tua dari umur sebenar. Kepandaian yang hanya sederhana. Segala-galanya tentang diri saya hanya sederhana tidak sesuai untuk dirinya yang hebat. Sepanjang program BADANG, saya tahu ramai peserta mengusha dirinya. Aduhai, adik-adik ni kenapa la nak diusha abang yang tua dari kamu tu.. Dia takkan pandang kamu la sayang.. Umur macam kakak pun dia tidak pandang inikan kamu yang belum lagi ambil SPM. Kakak dengan dia beza 4 tahun, kamu pula beza 8 tahun dengan dia.

   Mungkin ini petunjuk dari Tuhan hasil dari doa saya agar menghapuskan segala pesona dirinya pada mata dan hati saya andai dia bukan jodohku.. Mungkin ini adalah satu petunjuk yang Allah beri kepada saya bahawa he is not my Mr. Right. Dan mungkin juga saya perlu belajar untuk menyayangi dirinya sebagai seorang sahabat. Saya perlu percaya bahawa mungkin perancangan ini yang terbaik buat saya.Jodoh saya mungkin masih lagi berada di luar sana dan apabila tiba saat yang sesuai bakal suami saya akan hadir ke dalam hidup saya bersama ilmu-ilmu yang telah Allah persiapkan dalam dirinya.

   Doa saya kepada dia adalah semoga Allah sentiasa memelihara dirinya dan menjodohkan dia dengan gadis yang baik-baik. Saya tahu dia seorang yang baik walau ramai orang kata dia garang, perasan bagus, dan bossy. Tapi, entah mengapa di sudut hati saya dapat merasakan dia bukan begitu. Saya lihat dia sebagai seorang yang baik, ceria dan selalu inginkan perhatian.

  Dulu, saya amat berharap yang saya dapat menjadi tulang rusuk kirinya yang hilang dan dapat mengharungi cabaran hidup ini bersama-sama dirinya. Saya dan dia saling membimbing antara satu sama lain agar kami menjadi hambaNya yang sentiasa dekat pada Allah. Saya juga dulu selalu berharap yang Allah akan memberi dia petunjuk untuk berubah menjadi seorang yang lebih baik agar sentiasa dipelihara dan diredhai oleh Allah di mana saja dia berada.  Saya akui saya betul-betul sayang pada dirinya melebihi perasaan ketika saya mula-mula first crush. Memang orang akan pelik dengan saya kerana menyukai lelaki seperti dia tapi sejujurnya perasaan ini tidak boleh dikawal. Ia datang dengan naturally.

  Namun, mungkin impian saya terlalu tinggi untuk digapai. Cukuplah saya mendoakan dia berjaya dalam segala yang dia lakukan dan semoga dia dijodohkan dengan gadis yang solehah yang dapat membimbing dirinya serta berdoa bahawa dirinya sentiasa dalam redha Illahi..

     Awak merupakan pembakar semangat saya dan awak juga adalah sumber inspirasi saya. Awak adalah role model buat saya tetapi saya telah melakukan kesilapan dengan mengharapkan lebih dari itu dan saya harus hentikan ia sebelum terlambat kerana saya tahu harapan saya itu hanya sia-sia Perjalanan saya masih jauh dan saya tidak mahu korbankan masa depan saya dengan perasaan yang belum tentu pasti....

Selamat tinggal Mr.Catalyst~

 
Monday, March 19, 2012
Hari Pertama BADANG Fasa 1...
Assalammualaikum.....

15 Mac 2012, Khamis

   Wahh, excited sangat hari ni! Hari ni seawal 8pagi saya dan Ameera akan bertolak ke Melaka sempena program Bagai Aur Dan Tebing (BADANG) Fasa 1 anjuran Fakulti Sains Gunaan UiTM Shah Alam dengan kerjasama kerajaan negeri Melaka. Saya telah diberi peluang untuk menjadi fasilitator untuk membantu adik-adik timgkatan 4 dan 5 dari 4 buah sekolah teknik. Alhamdulillah, nasib baik ada abang Jumardi (MPP) selaku ketua fasilitator dah ajar kitaorang macam-macam cheers and cara nak menjadi fasilitator yang baik.

   So, setelah berkumpul seawal jam 8pagi dan makan sarapan, masukkan barang, kami bertolak ke Melaka jam 9 pagi. Saya kalau dah dalam bas nak ke perjalanan lebih sejam ni, jawabnya tidur je la dalam bas tu... muahahaha.. syoknya tidur sampai jadi mabuk pening kepala.. Telan 2 biji Panadol Actifast, dan minyak cap kapak baru lega.. ehem..ehem... dapat satu bas dengan Mr.Catalyst..(excited atau x?? hurm.. Entahle nak ckp ape..br je nak mengelak dr dia tapi makin banyak pula kebetulan dengan dia.. haishh.. menganggu ketenteraman jiwa..)

   So, dalam jam 12.15 tengahari tu, kami sampai ke sekolah Menengah Vokasional Melaka Tengah (urm.. camni ke namanya? tak ingat sangat.sorry, pelupa sikit.) So, pendaftaran bermula.. Plan asal nak daftar di Dewan sekolah tu, tapi bila kitaorang sampai, rupa-rupanya Dewan sekolah tu under construction.. hurm.. tukar plan. Dewan Makan jadi dewan program.

  Sepanjang first day tu banyak masalah yang timbul tapi kami semua dapat harunginya dengan baik.. Think right act fast.. hehehe..Jam 4 petang, semua peserta telah selesai mendaftar. Seramai 84 orang kesemuanya. Sepatutnya yang hadir adalah 200 orang tapi mungkin atas sebab-sebab tertentu mereka tak dapat hadir.. huhuhu.. fasilitaor semua seramai 80 orang.. so, Keputusan akhir bilangan fasilitator dikurangkan kepada 30 orang dan selebihnya diserapkan menjadi urusetia program. Program dimulakan dengan sesi pengenalan Fakulti sains Gunaan dr abg Jumardi kepada para peserta diikuti dengan pembahagian kumpulan.

  Then, selepas solat dan makan malam, kami ada sesi Ice breaking. Saya dapat kumpulan 11. Memang sporting la adik-adik ni semua.Syok sangat!! then,kami bermain nightwalk malam itu..masa abg Jumar nak umumkan yang malam itu kita akan main Nightwalk, adik-adik ni semua menjerit keseronokan.. Dalam hati saya dah pelik pula.. Diorang ni tau ke tak game Nightwalk tu apa? kenapa diorang jadi seronok sangat? kalau kitaorang la dah memang down..huhu.

   Best sangat tengok diorang main. Saya jaga checkpoint tangga.. hahaha.. lawak pula tengok diorang ditakutkan. Agaknya dulu-dulu masa saya nightwalk senior pun buat camni la kot.. pergh.. terasa dibodohkan pula.. hehehe.. Dalam takut2 tu, ada 3 orang girls jugalah yang menangis ketakutan. Cuba bagitau sikit camna la tak takut, kalau mata diikat, dibawa ke tempat yang sunyi jam 12 malam oleh orang yg tidak tahu laki atau perempuan, tiba-tiba disergah or terdengar jeritan hantu.. pergh, kalau saya la, memang dah takut. Tapi berani juga adik-adik ni.. heheh.. Good job adik2!!

   Bila selesai game tu, sedar-sedar ada 2 budak hilang.. Ok. Creepy~ Celah mana nak cari diorang ni jam 2.30 pagi? Saya pun bukan biasa sangat sekolah ni. Baru je sampai tengahari tadi sekolah ni..tiba-tiba terdengar budak menjerit-jerit.. Ok, dah faham. kena sorok la tu. ramai la fasi berlari-lari mencari 2 orang budak tu. Then, bila dah jumpa bawa la ke gelanggang and tengok-tengok diorang dah meracau-racau..Tapi, dari cara diorang ni, tau la.. berlakon je tu..heheh.. adik tak yah la nak kelentong akak.. akak tau la dik..akak kan fasi.. ni mesti abang Anas punya kerja suruh korang berlakon. kan? ahaks~ 

  Ok, malam itu, setelah selesai nightwalk saya pun teman adik-adik perempuan pulang ke asrama and pastikan diorang semua sihat, dapat tidur dan cukup segala kelengkapan untuk program esok hari. Dalam jam 3.30 pagi, baru boleh tidur. Saya perlu tidur. Esok adalah hari yang sangat sibuk..

Selamat Malam Melaka~
Saturday, March 10, 2012
bengkel BADANG ~
Assalammualaikum...

10 Mac 2012, Sabtu...

   Pagi-pagi lagi saya sudah bangun kerana ada program BADANG di fakulti. Pada mulanya nervous juga la sebab program ni perlu bekerjasama dengan student dari course lain dan juga seniors yang kita tak kenal. Tapi, saya sorokkan semua perasaan itu dengan senyuman dan tegur saja la sape-sape yang saya nak tegur. Jadi peramah la sekejap sebab kita tak mahu la orang tengok kita macam sombong je. Bahaya jugak tu. Nanti tak ada orang yang nak kawan. Hehehe.. tapi, masalah saya satu saja>>>>>susah nak ingat nama orang. entah kenapa la. Macam lemah ingatan je.

   So, program dimulakan dengan sarapan pagi dan diteruskan kepada slot Grooming and Ettiques.. Dalam kelas ni saya belajar macam mana adab makan, sambut kad dari VIP, bagaimana nak mengelak salam dari berlainan jantina tanpa mengecilkan hati mereka, berpakaian menarik especially for interview dan sebagainya. Memang berguna sangat ilmu ini. Ia dapat membetulkan cara penampilan kita agar kelihatan lebih professional seiring dengan status kita sebagai seorang pelajar yang terpelajar. Alhamdulillah, rasa bertuah dapat mengikuti kelas grooming ni.
" you will never have the second chance to make first impression"

  Selepas makan tengahari dan solat zohor, acara diteruskan dengan pembahagian AJK dan fasilitator. Pada mulanya saya terpilih menjadi AJK tapi atas sebab tertentu saya menjadi fasilitator pula. Tak apa la.. Jadi fasilitator pun syok gak. Lagi best! boleh main-main dengan budak-budak.hehehe..Selepas sedikit briefing mengenai program ini kami bermain war game..

   Misi utama dalam War game ini ialah merampas bendera pihak lawan dan bawa ke base camp sendiri. Cara untuk menyerang adalah dengan membaling belon air ke arah pihak lawan. Sesiapa yang basah dikira 'mati' dan belon air atau dipanggil peluru yang dipegang oleh si'mati' boleh dirampas oleh pihak lawan. Kumpulan pertama yang dapat membawa bendera lawan ke base camp sendiri dengan ahli 'hidup' yang ramai dikira pemenang! Setiap peluru yang belum pecah mempunyai mata.

  fuhhhh... mula-mula masa pegang 'peluru' tu menggeletar gak tangan ni. Saya jaga base camp. Sebenarnya saya ni bukan la berani sangat main game-game mcm askar ni..nak gerak takut. Tapi,time ending game tu, kitaorang gerak ramai-ramai and rampas bendera lawan. Yes! menang! tapi keputusan akhir yang diberitahu urusetia ialah kami SERI.. Awwww.. penat kot main game ni.tapi dapat seri je.ok. Fine. game ni adalah for Fun and praktikal untuk ke Melaka nanti. So, it just a test game.

   Then, selepas main game ni,program tamat dan kami balik ke rumah.Dalam jam 6.30 petang, saya sampai ke rumah sewa. Hari ini memang penat. Malamnya seawal jam 9 malam dah tidur. Mengantuk sangat.

  Hari ini si Dia juga ada. Tapi, keterujaan kepada Dia sudah tiada. Pada hari ini, saya dapati wajahnya tidak lagi sehandsome dulu, senyumannya tidak lagi manis seperti dahulu dan suaranya tidak lagi merdu seperti dahulu.. Entah mengapa. Mungkin ini satu petunjuk untuk saya bahawa He is not the One. Mungkin hadirnya dalam hidup saya hanya sebagai pemanis kepada kehidupan saya. Mungkin ianya satu petunjuk bahawa Dia hanya sekadar kawan. Its a phase in my life that I need to go through. And i felt so relieve that Allah gave me some clue abaout this. Alhamdulillah.. I made it. I pass this phase.

Selamat malam ~
Thursday, March 8, 2012
bahagia~
Assalammualaikum,

 7 Mac 2012, Rabu....

    Pada 5 Mac 2012, bermulalah pengajian untuk semester 2. Apabila tengok jadual pengajian, boleh dikatakan setiap hari kelas saya bermula jam 8.30 pagi. Walaupun rumah sewa kami di Seksyen 7 berdekatan dengan pintu belakang UiTM namun pengangkutan ke fakulti bukanlah senang untuk didapati. Setiap hari, perlu bangun seawal jam 6.00 pagi dan bersiap-siap untuk ke fakulti. 7.15 pagi, kami sudah berada di stesen bas menunggu bas. Walaupun kelas bermula 8.30 pagi, kami perlu menaiki bas awal kerana bas yang kami naiki ini melalui kawasan perumahan seksyen 7 untuk mengambil warga NR (Non-resident) yang lain.. Lebih kurang 7.50 pagi kami sudah berada di fakulti. Pada mulanya memang terasa susah untuk bangun awal-awal pagi dan berebut bas ke fakulti malah tak seronok macam semasa kami duduk di kolej dulu. Tapi, inilah harga yang perlu kami bayar apabila duduk di rumah sewa. pasrah saja la~

   Memandangkan hari ni kelas habis seawal 11.20pagi kerana tiada makmal pada awal semester, saya mengambil keputusan untuk pulang ke rumah dan mengambil barang serta shopping sedikit. Tengah shopping-shopping tu, tiba-tiba ada miss call dari someone. Ohhh... Terpilih untuk program BADANG..(Bagai Aur dan Tebing).Orang itu beritahu akan ada mesyuarat dan taklimat tentang program ni malam nanti jam 8. Jam di tangan sudah pukul 6.30 petang. Alamak! Kena balik rumah cepat-cepat!!

    So, kelam-kabut la bersiap. Sempat makan 2 biji apam yang ibu buat sebagai dinner. nak makan nasi memang tak sempat la..Sampai rumah sewa jam 8.10 malam, drop barang-barang dan ambil Ameera yg join program ni sekali.. Malam itu pula hujan.. huish.. sejuknya.Perut pula buat hal. Entah kenapa la perut nak meragam.Silap makan apa la ni ezzati?? lepastu, nak dijadikan cerita boleh pula sesat ke bilik taklimat tu.Bilik ingat tapi tak ingat jalan.heheh.Nasib baik ada abang teknikal tolong tunjuk bilik.. heheh.. Waktu sampai bilik dah jam 8.30 malam..Taklimat dah mula.Aduhai, malunya datang lambat!Nak masuk segan. Tapi, memang nasib kami baiklah bila tiba-tiba ada satu abang senior nak masuk bilik. apalagi, join je la~ heheh..cover malu... 

    Masuk je bilik tu, tiba-tiba ternampak muka Dia. Sepanjang minggu ni, muka  Dia la yang saya tunggu-tunggu nak lihat depan mata. Perasaan suka tu walau dah berkurang, namun hati masih ternanti-nanti untuk lihat wajah Dia. Ternanti-nanti bukan kerana suka dalam konteks cinta or sewaktu dengannya tapi kerana dulu Dia pernah menjadi mr.catalyst saya. Kehadirannya sudah cukup untuk menaikkan mood saya yang tidak begitu baik minggu ni. Ekspression pertama saya adalah terkejut juga. Macam nak tersentap sekejap jantung ni bila Dia pun pandang saya juga. Face-to-face.Muka Dia tak tahulah nak cakap riak wajah apa. Marah atau terkejut?? Tapi tak kisahla.. Yang penting Dia tahu saya wujud..at least la Dia tahu..Kalau dulu mungkin saya akan gembira kerana saat inilah yang saya paling nantikan. Tapi kini, tiada perasaan teruja tu dah~ Ianya telah hilang...kerana saya sedar perasaan itu hanya sia-sia. Yang sakit nanti saya sendiri juga. Dia pun bukannya pandang saya..Jadi, saya hanya suka Dia sebagai mr.catalyst. Lagipun tahun ini Dia sudah semester akhir. Tak ada maknanya lagi untuk simpan perasaan itu nanti bila Dia sudah grad, tinggal saya seorang di sini suka pada yang tiada di UiTM. merana sorang-sorang..

   Mesyuarat itu diteruskan sehingga jam 10 malam. Sepanjang taklimat itu, perut asyik meragam, badan penat rasa macam nak pengsan.. Bila pengerusi Majlis jemput makan, terus tekak ni rasa loya nak muntah. kepala dah pening-pening. Silap makan apa la ni..teruk betul penangannya. Last-last minum air teh susu je la.. Ameera kat sebelah ni dah selamat telan nasi goreng kampung dengan telur mata kerbau.. huhu.. loyanya tekak.. Bau nasi tu pun dah terasa loya. Niat hati nak balik cepat-cepat.Kalau boleh tak nak makan. Tapi, Ameera lapar. Kesian pula. So, temankan la dia makan. nak balik satu hal pula. Hujan.Payung ada tapi bas nak ke luar ada ke malam-malam macam ni? last-last redah je hujan. Nasib baik ada bas tapi berhenti hingga ke pondok pengawal saja la. Then dari situ balik jalan kaki hinggalah ke rumah sewa.

  Sampai saja rumah terus mandi. Saya memang alah dengan air hujan. Kena saja air hujan perlu cepat-cepat mandi, kalau tidak akan demam. Selesai mandi tu, saya bersembang-sembang dengan teman serumah. Dari tentang Dia hinggalah keluarga saya. Secara tidak sengaja saya telah terbuka rahsia paling dalam yang saya cuba sembuyikan selama ini dari pengetahuan orang lain. Segala-galanya diluahkan. Mujur mereka faham dan memberi nasihat yang berhadap bernas. Kini, saya bersyukur kerana Allah telah mempertemukan saya dengan mereka. Seniors saya juga baik. Sangat baik. Mereka sangat mengambil berat terhadap kami.Saya tak tahu nak cakap apa tapi ini adalah anugerah Tuhan yanga sangat bermakna apabila dapat merasa kasih sayang dan perhatian dari orang lain. Tak lupa juga kepada Jasmira Jasni yang berada di Indonesia selalu menjadi tulang belakang saya di kala susah dan senang.. thank you jasz for always being my side eventhough you are 1000 miles away.

   Akhirnya boleh juga saya tidur dengan lapang hati kerana segala-galanya indah dan bahagia untuk malam ini. Terima kasih Tuhan untuk anugerah ini. Saya tak sangka akan dapat merasa gembira saat hati penuh dengan luka dan duka...

  Selamat malam Shah Alam~
Friday, March 2, 2012
rumah sewaku,,,, again~
Assalammualaikum,

2 Mac 2012, Jumaat..

    Seawal jam 9 pagi saya sudah bergerak ke rumah sewa untuk repair (final).. Segala kerja merepair-repair ni perlu diselesaikan hari ni juga! Kerana esok, saya dan geng-geng bio yang lain akan pindah masuk ke rumah. Jadi, setelah selesai menjemur baju, saya dan ibu pergi ke Seksyen 7. Orang yang nak repair tu sudah sampai jadi tak sempat la nak sarapan apa pun lagi. Tapi, perut dah nyanyi lagu keroncong singgah jugalah kejap beli kuih dan nasi lemak bungkus. On the way ke sana tu, selamat dah berapa ketul samosa dan karipap masuk perut ni. Fuhh.. lapar gila sampai jadi lahap jap. hehehe..*ok, saya malu.

   Sampai je di Seksyen 7, angkat la sikit-sikit barang seperti almari baju (yg kanvas tu) dan katil double decker. Ya. Anda memang  tak salah baca. Saya, ayah dan ibu angkut tilam dan katil double decker dari kereta Unser ke tingkat teratas (tingkat 4) dengan menaiki tangga pagi-pagi Jumaat ni.Jangan risau, katil tu dah dileraikan jadi senang la bawa..heheh..Sebenarnya sebab katil ni saya terhantuk 4 kali dalam kereta semalam. Dahla stress, pening kepala, lepas tu kepala terhantuk 4 kali pula..huhuhu.memang cukup set.

   Fuhh.. pancit sekejap naik tingkat 4 ni sambil bawa barang-barang. Dah seminggu tak jogging jadi nafas macam orang nak semput pula. Heartbeat jadi laju.. dup dap dup dap.. Terasa macam nak tercabut pula jantung ni. Tapi, sebenarnya kan, sejak akhir-akhir ni saya asyik naik tangga rumah sewa, terasa sekejap pula berbanding masa mula-mula naik dulu. Agaknya sebab Alah bisa tegal biasa..*korang mesti dah pening apa aku cakap ni... tak pe lah.. abaikan saja. heheh.

   So, kerja-kerja merepair ni pun dimulakan bila kami dah sampai ke rumah. Nak tau sapa yang repair? ehem.. err.. Orang Indon la...hehehe.. Kisahnya jiran belakang rumah saya tengah besarkan dapur. Jadi, parent saya minta pinjam sekejap dia untuk repair-repair paip dan segala kerosakan.Ala.. pinjam sorang je. Takkan la xboleh kan? hehehe.. Masa mula-mula saya ckp plumber kan? hehe. saja nak bagi sedap sikit dengar compared to bila saya cakap orang Indon. kan? kan? hahah..

    Sedar-sedar jam kul 11.30 pagi ayah dan 'plumber' tu dah menghilang. hermmmm.. tak tahu ke mana. Ibu pula dah balik rumah lepas tolong angkat-angkat barang.Kenangkan selak pintu tak berpasang lagi, saya pun bertukang la sekejap.Sepanjang bertukang tu,3 kali tukul tu kena jari. 2 kali di ibu jari, sekali di jari telunjuk.. pergh.. sakitnya!! terasa kebas jari. sakitnya jari tu sampai terasa denyut-denyut jari ni.. Itu la, kerja nak sangat cepat siap tapi tak hati-hati. Haa amik kau ezzati, merasa la penangan pukulan tukul.. sakit ~

    Tunggu punya tunggu ayah sampai petang dalam jam 4.30 petang baru sampai dengan orang Indon tu. Sementara nak tunggu ayah tu, saya sempat tidur atas katil double decker tu. heheh.. sedapnya tidur. Petang tu, lepas sahaja orang Indon tu selesai repair lampu bilik air kerja merepair rumah pun dah siap! Yeay! Esok dah boleh pindah dengan senang hati.. =) Hanya lampu dapur dan ruang tamu je yang tidak dapat diselamatkan. Terlepas pandang. hehe.So, next time la. Lagipun, tak penting sangat lampu-lampu tu.Lain kali baru repair. Duit repair tu saya bayarkan supaya senang nak claim dengan cik-cik penyewa yang lain.. heheh.. Biha, Ad, Nader, Aisyah, Meera, Zura.. kita buka meja buat mesyuarat setel duit ni nanti ye. hehe.

    Jam 6.00 petang sampai rumah. So, huuu.. lega. selesai satu kerja. segala stress tentang rumah sewa sudah hilang! hehehe. Esok, saya akan pindah masuk rumah sewa! jadi, bermulalah episod sem 2. Tak sabar untuk belajar subject baru, pensyarah baru, group baru, dan semangat baru..Dan salah satunya ialah untuk melupakan dia.. Kenapa? Kerana saya perjalanan saya masih jauh untuk saya melayan perasaan. Saya bukan ditinggalkan or meninggalkan. Tapi, buat masa ini lebih baik saya melupakan dia dan fokus pada pelajaran. Walau di hati terbit juga rasa untuk melihat dirinya apabila buka sem nanti tapi saya fikit melupakan dirinya adalah jalan terbaik.

Followers

Powered by Blogger.

About Me

bila hatiku berkata
View my complete profile

Popular Posts