cinta boleh dipupuk..
27 Mei 2012, Ahad
Assalammualaikum..

   Bermula semalam (sabtu), cuti gawai selama seminggu telah bermula. Sebenarnya saya tak faham signifikannya cuti selama seminggu ni. Takkan cuti sekadar perayaan tu sj tak boleh ke? Ini semua sudah menggangu sy nak belajar dan fokus untuk final exam yang bakal berlangsung dalam masa 3 minggu je lagi.. Disebabkan cuti ini jugalah study week telah dikurangkan menjadi 4 hari saja. Cukup tak puas hati.. urgh!

     Baru-baru ini otak saya telah dapat berfikir dengan lebih logik. Beberapa persoalan yang sering saya persoalkan sudah saya temui jawapannya.. Kenapa saya harus asyik mengingati dirinya? Kenapa saya harus sentiasa mengambil berat dirinya? kenapa hati ini gagal melupakan dia? kenapa sy tak mampu melupakan dia? kenapa? kenapa? dan kenapa? Jawapannya senang sahaja.. kerana SAYA TIDAK MAHU MELEPASKAN DIA. kerana SAYA TIDAK MAHU MELUPAKAN DIA. kerana SAYA TIDAK MAHU MENERIMA HAKIKAT.....

   Jawapan ini saya temui setelah saya sedar, buat apa untuk saya terus-terusan meyeksa diri bersedih hati memikirkan dia? Saya ada keluarga yang sentiasa menyayangi saya, saya ada kawan-kawan yg sudi membantu saya, saya ada ibu yang sentiasa berada di kala senang dan susah saya dan saya ada Tuhan yang sentiasa melindungi saya... Every breath I take showing the love He cared for me.. Jadi, kenapa saya perlu untuk bemuram durja hanya kerana seorang lelaki yang entah sedar kewujudan perasaan sy ni..

    Pada masa yang sama, saya mula menjadi matang. Dulu, saya fikir apabila lelaki mula ambil berat pd perempuan  menunjukkan dia ada perasaan pd perempuan itu. Tapi kini, sy sedar bahawa prinsip itu silap. Mungkin ianya atas dasar persahabatan dia ambil berat. Contohnya, saya telah menemui seseorang yang sy boleh anggap sebagai abang kerana dia sentiasa mengambil berat, menasihati dan membantu sy.. Boleh dikatakan dia juga seperti tulang belakang saya apabila saya melakukan satu kerja ni.Pada mulanya saya hampir fikir dia suka dia. Tapi sy silap. Perasaan lebih2 tak wujud antara kami. Dia menghormati sy dan saya juga hormat dia kerana pengalaman yang dia ada dan kesabaran yang tinggi serta ketelitian dalam bekerja. Jadi, antara kami tidak lebih sekadar rakan seperjuangan.

    Jadi, kesimpulannya, cinta boleh dipupuk. Ayat itulah yang sering saya ingatkan diri saya apabila perasaan terhadap si dia mula mekar kembali. Saya akan setia menunggu jodoh saya dan menerima dirinya seadanya. Saya percaya setiap manusia diciptakan dengan kelebihan dan kekurangan tersendiri. Jika saya berkahwin bukan atas dasar cinta pun saya akan belajar cintakan pasangan sy kerana saya percaya cinta boleh dipupuk. Jodoh dan maut semuanya di tangan Tuhan.We dont need to find the right person to be loved because love is blind. We dont know when we fall in love until the right time comes.. and when it comes, you will know he is the ONE.
~I'm movin on~