In:
Anugerah Saintis Muda 2012~
Assalammualaikum..
17 Jun 2012, Ahad

    Kali ini, SMF ditugaskan untuk menganjurkan sebuah majlis bagi meraikan pelajar yang menerima anugerah dekan (pointer PNG 3.5 ke atas). Tema kali ini adalah Melayu Nusantara. Saya pula ditugaskan sebagai biro persiapan tempat yang bertanggungjawab menyediakan tempat majlis dan segala peralatan yang diperlukan oleh biro-biro lain sepanjang majlis berlangsung. Tidak lupa juga untuk menghias dewan serta menyusun atur meja dan kerusi.*Bidan terjun tukang sebut nama penerima anugerah juga. hehehe...

   Majlis tersebut berlangsung di Dewan Sri Budiman UiTM Shah Alam pada 16 Jun 2012 bersamaan hari Sabtu bermula jam 8.00 pagi hingga jam 12.30 tengahari. Ini merupakan pengalaman pertama saya terlibat dalam menganjurkan majlis yang agak penting untuk fakulti saya. Setiap tahun majlis ASM akan diadakan bagi meraikan pelajar cemerlang fakulti. Keseluruhannya, saya amat gembira dan lega apabila majlis berjalan seperti yang dirancangkan.. Huhuhu.. memang enjoy!
 
  Anugerah Perantis Saintis Muda tahun ini dianugerahkan kepada kak Sofia Sakina iaitu senior saya. Anugerah ini diberikan kepada pelajar yang bukan sahaja cemerlang akademik malah aktif dalam melibatkan diri dengan aktiviti di UiTM. Saya rasa anugerah ini memang amat sesuai diberi kepada kak Sop kerana dia memang hebat! Tahniah kak Sop! Ok, nak share dengan korang semua sedikit gambar semasa majlis ASM 2012 berlangsung....enjoy!

VIP dan ketua yang hadir
dari kiri : Aiman(pengarah majlis ASM), Adib (presiden SMF), Afiq(MPP), Jumardi(MPP),En. Sufri(penasihat majlis ASM), Hj Kamsani (Tim.Dekan HEP), dan tetamu kehormat yang lain

kononnya nak buat mcm singgahsana, tp pakcik tu dah terbuat mcm pelamin pulak.. 
View dari atas semasa majlis berlangsung
View dr pintu masuk semasa majlis
buku program...

persembahan nasyid dr kolej Meranti.. sedap suara mereka!
                                                                 
Tahniah buat penerima Anugerah dekan!
My coursemate yg dpt Dekan.. Xpe, next sem I'll be joining them..Insyaallah.

Senior Bio yg sporting dan en camera man yang errrrr.. hahahah.



Wah, mood romantik.. heheh..


Candid time!!
   Bila tengok orang yang ambil sijil ni, rasa teringin plak nak ambil sijil. Tak pe, this sem jadi AJK, next sem saya jadi penerima anugerah dekan pula.. Tapi bila teringat segala markah carry mark, mampu ke nak dapat Dean List ni? huhuhu.. I need some motivation and hard work!!

p/s: mr. catalyst dapat dekan juga. Congratz to him! Semoga dia akan terus sukses!! Amiin..