Luahan hati 2~~
Assalammualaikum...

7 April 2012, Sabtu...


     Malam tadi saya telah unfriend dirinya dari facebook. Mungkin kedengaran agak kejam. Tapi, saya tidak boleh tahan dengan perangainya. Si dia telah mengatakan sesuatu kepada rakan saya yang bagi saya adalah tidak relevan untuk diberitahu pada masa itu. Atas sebab apa? Perlukah perkara itu dikatakan? Seronok sangat ke menyakitkan hati orang? Nak brainwash ke? Walaupun saya tidak berada di tempat kejadian pada waktu itu, tapi takkan la kawan saya nak tipu. Lagipun sejak pergi kem itu, saya sudah tahu perangai sebenar dirinya.. Dan adalah pelik kalau saya tak percaya.. Atas dasar apa untuk saya tidak percaya? Sayang? Perasaan itu dah lama hilang. Bahkan perasaan hormat saya pada dia juga hilang saat ini.


     " words can't hurt you, unless the person said it means so much to you"


     Yes, saya akui saya memang sayang dia. Dulu, saya akan backup dia dan sukar untuk percaya jika orang mengatakan yang buruk-buruk tentang dirinya. Tapi kini, setelah saya lihat dirinya yang sebenar..... Saya memanglah AKAN percaya. Malah, saya sangat kecewa dengan dirinya. Saya sentiasa berdoa dan berharap yang dirinya akan berubah dan menjadi lebih baik. Tapi kini, saya telah putus asa dengan dia. Harapan menggunung yang saya simpan sejak saya masih freshie lebur begitu saja.


   Dia merupakan lelaki pertama yang saya doakan selain dari ahli keluarga saya dengan harapan dia juga bakal menjadi salah seorang dari kami. Dia juga merupakan lelaki pertama yang mengajar saya erti rindu. Saya pernah menangis kerana terlalu rindukan dia. Walau perasaan ini hanya diam-diam, tetapi bagi saya ia amat bererti. Tapi, jika perangai seperti ini awal-awal lagi telah dia tunjukkan, awal-awal juga saya reject. Bukan mahu tunjuk saya ni hot stuff or diva.Tapi, dari pengalaman sendiri menunjukkan orang yang berperangai seperti inilah yang menyumbang kepada keretakan rumahtangga. Saya tidak mahu masjid saya runtuh kerana keegoaan seorang lelaki. Saya akui saya juga punyai ego. Sebab itulah saya tidak mahu bersama dengan orang yang ego kerana sama-sama akan saling ego. Oleh itu, saya dengan rela hati undur diri awal-awal. He is not worth to be loved.


     Jujur dari hati, walau saya masih marah pada dirinya.. saya masih sayang dia. Kenapa susah sangat perasaan ini hendak buang? Selain sebab marah dirinya, salah satu sebab lain saya unfriend dirinya adalah kerana saya juga ingin belajar untuk melupakan dirinya.. By the end of this sem, dia akan graduate dan pulang ke negeri asalnya yang sangat jauh. Saya pula masih berbaki 2 tahun sebelum tamat belajar. Kemungkinan untuk saya berjumpa dengan dia adalah 0%. Ketika dia sudah pulang ke kampung halamannya, saya pula di sini keseorangan memendam perasaan. Perasaan yang saya simpan sejak sem 1 akan menjadi sia-sia saja. Harapan saya hanya tinggal jadi angan-angan sahaja. Berpaksikan pemikiran yang rasional, adalah lebih baik saya belajar untuk melupakan dirinya. Walau pahit, ia adalah demi kebaikan untuk jangka masa panjang.    


      Saya sentiasa berharap yang satu hari nanti awak akan rasa apa yang saya rasa. Membalas perasaan saya dan berubah ke arah kebaikan untuk menjadi imam saya... Tapi mungkin harapan itu harus saya padam kerana ia mungkin bukan tercipta untuk awak.. mungkin harapan ini adalah kepada pemilik tulang rusuk kiri ini. Mungkin Allah telah makbulkan doa saya untuk menghapuskan pesona awak di mata dan di hati saya. Semoga awak dijodohkan dengan gadis yang baik-baik.. Dan kali ini saya berjanji dengan awak untuk melupakan awak sebetul-betulnya. Bukan seperti dahulu. Kali ini saya takkan berpatah balik kerana saya sudah putus asa dengan awak dan saya telah nekad sebulat hati.


Selamat tinggal. Semoga awak akan berubah satu hari nanti......