Hari ketiga BADANG~
Assalammualaikum...

17 Mac 2012, Sabtu..

   Seawal 5 pagi sudah bangun.. Oh no! 5 pagi? Dah terlambat untuk Qiam dengan adik-adik di surau!! Kenapa boleh terbangun lambat ni?? Sepatutnya 4.45 berada di surau. Ni nak mandi lagi, nak bergerak ke surau lagi pukul berapa la sampai ke surau ni.. Ohhhh.. sangat tak suka lambat!! Last-last jam 5.30 baru sampai ke surau. Niat di hati nak Qiam terpaksa dilupakan kerana sampai je di surau, adik-adik semua dah rakaat terakhir witir. Haishh.. rugi sangat kau ezzati tak dapat join Qiam. Hanya sempat buat solat hajat saja sementara tunggu solat Subuh. Alhamdulillah, selesai solat Subuh berjemaah, ada roll call di bawah pokok berdekatan Dataran PIBG..

   Disebabkan lambat ke surau pagi tadi kena tegur dengan abang Buashairi (biro disiplin dan sahsiah).Walaupun bukan saya seorang yang lambat malu juga muka ni. Terasa pijar saja. Nasib baik dia tegur kat tempat lain dan bukan depan adik-adik.

 " Sebagai seorang fasilitator, kamu seharusnya tunjukkan contoh yang baik kepada adik-adik. Bagaimana adik-adik nak respect kamu kalau kamu sendiri tunjukkan contoh yang tak baik?  Kamu perlu jadi yang terbaik kerana kamu role model mereka.  Kali ini saya lepaskan kamu. Saya harap kamu takkan ulang lagi kesilapan ini..." abang Bushairi.

  Selesai sahaja sesi roll call fasilitator, kami ke Dataran PIBG untuk sesi roll call adik-adik. Adik-adik semua minta maaf dan membuat akujanji kepada kami terutama sekali kepada abang Jumardi (ketua fasilitator) kerana telah gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan abang Jumardi. Aduhai, adik-adik.. terharu kakak dengar.Kakak pun janji kakak takkan tunjukkan contoh yang tidak baik kepada kamu. Salah kamu menunjukkan kegagalan kakak sebagai fasilitator untuk mendidik adik-adik. Kita sama-sama berubah ye.

  Selepas itu, kami melakukan aktiviti memanaskan badan kerana sepanjang hari ini akan dipenuhi dengan aktiviti fizikal. Pagi akan diadakan aktiviti explorace dan pada sebelah malam pula aktiviti War game. Saya menjaga Jia Ying yang sakit perut ketika taklimat Explorace, jadi saya agak blur ketika aktiviti Explorace dijalankan. hehehe.. Syok sangat bersembang dengan Jia Ying sampai termiss taklimat. So, saya group dengan kumpulan hitam..

   Mak aii.. pancit betul berlari ke sana-sini. Asyik tersilap checkpoint saja. Kena lari ke sana. Lari sini. Nak tanggal kaki ni. Itu belum lagi sebut pasal denda. Kena jalan itik la, buat Tommy dance, penalti masa..Semasa checkpoint kedua, kene denda jadi patung selama 6MINIT!! ni abang Jumardi punya kerja la.. Senyum sikit je tambah 2 minit..warghh. lalat hinggap pun tak boleh nak halau. Explorace habis dalam jam 1.30 petang. Keputusannya? No. 2!!  dari belakang laaaa...Selesai solat, kami semua diberi masa untuk merehatkan diri. Selepas itu, pada sebelah petang pula, program diteruskan dengan slot Menara Impian.

   Dalam slot ini. kami diberi masa selama 15 minit untuk mencari bahan-bahan terbuang yang tidak boleh lagi digunakan (eg: botol minuman, kayu, ranting pokok,pinggan, etc ) untuk membina menara yang KUKUH, CANTIK, dan TINGGI. Masa selama 30 minit diberi untuk membina menara. Jasa baik salotape digunakan untuk menyambungkan semua bahan-bahan tersebut. Kemudian, masa 3 minit diberi untuk meyakinkan juri-juri untuk memilih menara sendiri sebagai Menara yang paling kukuh, cantik, dan tinggi. Tetapi, malangnya kumpulan saya tidak menang walaupun menara kami tinggi. Sebabnya? Hujah kami tidak berjaya meyakinkan juri kerana kurang penerangan saintifik. hmmm.. tak mengapa adik-adik. Kita cuba game lain pula ye.


    Selesai minum petang, kami bermain game menuang air dari botol ke cawan dengan hanya menggunakan tali. Oh, game ni saya tak pandai main. Nasib baik ada fasi lain dalam group saya yang pandai. So, kami berjaya menuangkan air ini ke dalam botol. Tapi, masih lagi tidak menang kerana ada kumpulan yang lebih hebat. alaaa... itu saja la game yang ingatkan boleh menang. Lagipun ini game terakhir. So, keputusan pun diumumkan yang kumpulan Hitam mendapat no. 6 dari 6 kumpulan... Awww.. adik-adik. minta maaf.. Tapi still, korang semua mendapat hamper yang sama dengan group lain. Tak ada beza pun. Ok. Chill ye. Then, kami (fasi) bersama urusetia membetulkan susunan botol-botol yang membentuk bendera Malaysia bersama-sama. Dapat gak chance nak bergambar kat situ.. hehehe.. weeee~

   
    Malam itu, kami ada sesi penutup. Wakil dari Yayasan Pelajaran MARA (YPM ) ada bertanya kepada setelah dia melihat adik-adik ini menepuk break. 

Encik YPM: Adakah adik-adik ini belajar semua tepuk ini di sini?
Saya           : ya. Semuanya belajar dalam BADANG.
Encik YPM :  ooooo..Bagus. Hebat juga.

Dan seterusnya saya bersembang dengan encik itu tentang YPM. *sembang sikit-sikit sajalah sebab saya pun tak tahu nak tanya apa. Fokus saya adalah lebih kepada majlis di depan saya ni dan juga kepada si dia yang berada di hadapan *erk. kantoi. hehehehe..

   Setelah selesai majlis penutup, kami bermain War Game. yes! kali ini urusetia pula yang bermain. Kami yang fasi ini pula jadi pengadil. *Sebenarnya dah penat sangat hari ni bermain explorace. Terdapat 4 kumpulan: Africa, Ireland, Korea, Malaysia. Kumpulan urusetia (dan sedikit adik-adik) ialah Africa. Peranan saya dalam game ini ialah sebagai "rakyat" iaitu orang yang akan berjalan-jalan dalam kawasan perang dan dia tidak boleh dibaling peluru malah yang paling bestnya dia boleh me'mati'kan orang yang baling peluru padanya.
   Cara main: Satu kumpulan terdiri 20 orang.Setiap kumpulan perlu mempunyai seorang Jeneral (merangka strategi peperangan), Raja (tidak diketahui oleh kumpulan lain.hanya kumpulan sendiri saja yang tahu.), bendera dan peluru (belon berisi air). Tempat bermain adalah dalam kawasan petak SAHAJA yang dijaga oleh fasi sebagai pejaga garisan. Pemain hanya boleh DUDUK,MERANGKAK, BERGULING, MENGENGSOTdan MELOMPAT KATAK sambil membawa peluru untuk menyerang pihak lawan. Misi utama adalah MERAMPAS BENDERA dan BAWA KE BASE CAMP SENDIRI. Kumpulan yang KEHILANGAN BENDERA atau RAJA MATI atau SEMUA ORANG MATI dikira KALAH. Kumpulan yang dapat merampas semua bendera dan bertahan sehingga ke akhir dikira PEMENANG.

   Best sangat tengok diorang bermain. Ada yang mengensot, melompat...Nak tergelak juga pula bila lihat senior yang macho-macho berguling-guling atas padang. hahaha..Nasib baik gelap. Tak ramai yang nampak. Tapi, disebabkan gelap inilah juga susah nak judge permainan. Awal-awal game lagi dahi ni dah terkena peluru. Nasib je tak pecah.. Nak cari sapa yang baling, tak tahu sebab gelap dan semua dah sibuk baling peluru. Haish.. Nasiblah sapa yang baling tu terlepas. Game yang bermula jam 12.30 malam berakhir pada jam 1.30 pagi.Dan keputusannya dimenangi oleh Africa. Fuhhh.. takut gak tengok diorang ni main. Agresif! Gerak laju je macam serigala. Tahniah to Africa! Teringin gak nak usha abang Kamil dan Kak sop (pres n naib pres Bio) berguling2..Tapi tak sempat. ='(

    Malam itu, kami tidur dengan kepenatan yang amat! Mata ni dah tak boleh nak buka dah.Tapi, bila teringatkan War Game tu memang kelakar habis la! hahahah..Esok hari terakhir. Haish.. tak puas la duduk Melaka. Lain kali nak join lagi. Next time BADANG Fasa 2 pula!! Walau penat, tapi rasa amat berbaloi. Rasa bersyukur dapat terlibat dengan program ni kerana macam-macam yang saya dapat belajar malah program ni juga dapat memberi peluang untuk saya dekat dengan si dia. At least dia perasan saya ini wujud kan? Susahnya suka pada orang yang hebat. Dia sukar nak perasan orang yang tak hebat macam saya wujud di sekeliling dia.....


Malam ini malam terakhir. Kalau boleh tak mahu tidur. Tapi, semua orang dah tidur dan saya pun sama nak tidur juga... Selamat malam Melaka~